February 26, 2013

dah officially jadi budak segamat

#nowlistening: teman pengganti
#mood: satu harapan

bismillah. currently. yess. atoo berada di segamat. yes segamat. fullstop segamat. hentak kepala banyak-banyak. tetap kat segamat. cubit pipi. kiri. kanan. tetap segamat. redo. segamat. all is well. segamat. keep calm and carry on. segamat. 2tahun je. segamat. segaaa matttt. segamat...percayalahhh... 


hari ni, cukup tamat cerita pemantapan siswa yang tak beberapa nak sangat mantap la kan. sebab kan 2nd intake, so hari pendataran flow smooth je. tak ramai pun. tapi tapi tapi. tak berapa nak smooth bile jadi student degree ni, doksah terfikir nak menetap kat kolej ya. takdok rayu-rayulah. automatik berstatus nr(non-resident). argghh! 

encik xxx. dah deal. siap bank-in. siap turun segamat, nak tengok bilik. cakap pung pang pung pang.. makan senang dapat, bas senang dapat.. ade polis bantuan ronda.. then masa nak masok bilik, bagi bilik lain. sewa naik pulak tu. rumah? jangan cakap, macam rumah terbengkalai..#cakapkeling #janjimelayu tak boleh pakai.

tolonglahh. kalau dah tahu student nak masuk sekian sekian date. alert. facility lengkap. dah lah keliling tu hutan. nak alam sekitar sangat kan. hambiklah. seminggu lagi siap. ecceeceh... boleh ke? pekerja indon pun dua tiga orang. hishh.. 

disebabkan #janjikeling mereka-mereka, atoo dapatlah status menumpang. yes. lebih tepat merempat kat kolej bebukit sulok belingkung. tingkat3. bilik 230c. bukak tingkap je, nampak lah tiga scenes kat bawah ni. 


penempatan sementara. okaylah dari takde. dari sabtu sampai esok je. tamatlah kehidupan kat sini. itu pun kalau bilik sewa kat germen..tah tu siap sepertimana yang mereka-meraka janjikan. memang betul-betul nasib badan. kalau tak siap lagi, adakah kami-kami ni terus menumpang disini? bapa lame? adakah? huhh! apa pun tak boleh.

hari kedua berjalan macam biasa. owh, perasmian dn penutup i ponteng you. ehhe..malas yow. bukan ada info penting pun. hari ketiga? okay. ini sendiri cari pasal. akibat ponteng semalam. padan muka kaw! pagi ni sekali lagi miss satu-satunya program penting degree ni. pengecualian credit. arghh!! tidur lambat. telipon mati. tidur mati. mati terus baru tahu! haishhh!

seyesly, atoo tak nak bagitahu sesapa.. tapi kalau dah story kat sini, tak jadi rahsia lagi la kan. so, akibatnya kena la pi jumpa coordinater sendirikan..face to face. ini padahnya stay up tengok citer korea sangat kan. marathon 16ep yang dok bangga tu.. puihhh! sengal la kaw ni atoo.

esok. esok hari yang paling teruje. sangat-sangat. nak gerak balik batu pahat tercinta. even baru 4hari, ehhehhe atoo tersangat homesick lah. cehh, kononnya. padahal.. rindu nak bergolek-golek on9 atas katilku syurga. hekehek

kawan? hurm. tak de citer sangat. yang atoo dok nak geng dengan budak kolej sendiri je. even time kat kolej dulu cume senyum, itu pun jarang.. sekarang baru nak tengade nak kamcing. hehhe. nampak tak? tapi dorang semua ade partner masing-masing. dan saya masih lagi mencari. oh ho!

so, the moral value nya dari 4hari berkampung di dalam uitm segamat ni, tolonglah jaga masa. bersedia awal. dari segi mental dan fizikal. dah tahu takdapat hostel, cari rumah awal-awal. dah last min, memang macam-macam hal berlaku. dan dah tahu ade program, tidur awal. ini...huhh...fham-faham je lah. jangan jadi macam budak ni!

#psst: col tuan rumah banyak kali, tapi takdenya angkat. mungkinkah? setegehess!


sekian.
xoxo =D


February 25, 2013

gune baucer dan dapat lagi baucer?

salam blogger,

gune baucer dan dapat lagi baucer? What? sapa taknak.. hoyeyehhh... ehhe.. atoo cuma nak share sikit kepada penerima bb1m yang dah tahu atau belom tahu info-info terkini kedai buku yang gune baucer. dorang ade buat promotion lahh..




MPH

MYBOOKSTORE


dah usha, masing-masing boleh pilih lah yang cara yang paling berbaloi gune baucer bb1m ni..

errrr...mydin pun bole guna? buku ape je yang ada ye? mybookstore tu kat mane? mph tu ade ke kat segamat ni? popular siap nak ade limit-limit pulak.. hadoiyaii.. border takde pun.. mph pun.. eh, border dengan mph ade kat segamat ke?? arghhh!!! ini tidak adil, tidak adil, tidak adil bagikuu...#yuna


selamat mengunakan baucer!


pstt: macam kena turun keyeeyl je ni..? huhh...
xoxo =D


February 24, 2013

dah grad nanti takde kerja?

ape yang ekao belajor tu lepas keluar jadi ape je?

again again and again. hari ni nak emo sikit. eh, dah kenapa pulak? kenapa? teruk sangat ke? okay, maybe..maybe.. tapi semua tu kan sudah tertulis. dan semua nye ni sebab kena gedebak gedebik gedebuk dengan bapak sendiri. arghh!

"along, dah tengok ke marketing tu nanti keluar jadi ape?..."
"hurmm.. jadi orang pemasaran.. exec marketing...ker..."
"memang lah.. tapi skop kerja tu lebih kepada ape..? takkan ke government pulak.." 
"erkk...."
"takkan main belajar je tapi nanti taktahu nak jadi apa? duduk hadap tenet 24jam, siang malam...belengkor  dalam bilik, habis lah.. tak ke mana.. kalau ade ijazah pun.."
"hmm..."
"along kena ada target.. kerja tak datang bergolek macam tu je.."

seteghesss.... habis. baru je kot atoo nak daftar degree esok. belum start masok kelas lagi. bapak atoo dah cakap negatif pasal marketing..dah nampak kot marketing tu kerja ape je.. setakat swasta je tak dapat nak tampung mase tua.. kalau govern mana ada yang pakai marketing exec bagai tu.. eh, ye ke? huhh...

emak pulak..,

"anak a tu, deg akaun kot, dah setahun duk cari kerja tak dapat.."
"anak b tu, ade degree tapi ke mana.. duduk rumah jaga suami..."
"anak c tu, ade deg pun tapi kerja kilang..."

errr.... bertambah seterezz dah tahap dewa. kenapa? kenapa perlu tengok anak orang dan takutkan anak sendiri. bukan ke rezeki tu masing-masing. semuanya sudah tertulis. mungkin bukan sekarang, bukan nanti, dan bukan esok, tapi ada yang indah sedang menunggu. tak gitu ke percaturan hidup manusia?


pst: entry semalam.. baru dapat post.. kescian...
xoxo =(



February 19, 2013

myfirstime puding roti

#nowlistening: whistle
#mood: nak cerita banyak-banyak

hoyehh hoyeh.. menari gedik kejap before satat cerita. dah lama tak sampai mood nak update banyak-banyak cerita dalam blog yang tak seberapa ni. alhamdulillah. sampai pun mood yang sudah lame ditunggu. dan malam ni cerite myfirstime. #firstime #buatkuih #puding roti #apalahsangat

tak kisah. lantaklah apa orang nak kate pasal owner blog ni. puding roti punye cerite nak kecoh satu kampung. suke hati kitew la. blog kitew. 

sapa yang taktahu dah dah tahu dan fikir budak ni taktahu malu. yes. atoo tak pandai masak. i admit it. dan ini percubaan pertama. hasil gigih duduk mengusha blog akak cikepal... terima kasih akak. dan inilah hasilnya.. taraa.. dan cume topping ganti sebekut oreo. okaylahh..kowt la.. 



rupe buruk. apasal apasal apasal tak sama? nak buat balik.. sobsobsob... whuaaa.. okay. abaikan gangguan jiwa kacau tadi. sedap ke? sedap ke tak, cume lidah mak abah je yang tahu. even dorang tak cakap, i know tekak dorang just senyum tak terkata. maybe sebab first time aku turun dapur kot. kecian. yang mak pulak, dok tanya, mana ada puding dibakar? huhh..

walau apa pun pandangan dorang, atoo still banggge tersangat.. buktinya tu, atoo post kasi besau bapak nak tunjuk kat pembace. atoo bangga sebab first time atoo buat kuih tanpa tangan mak atoo langsung.

ain! ko kat ne? ain, time aku buat ni aku teringat pesan kau time kite same-same masak sahur tu. ingat tak? hahha.. ain aku wat ni sendiri tau.. aku rase tiap kali aku nak try masak sendiri kat dapur mesti terngiang-ngiang nasihat kau tu.. thanks beb...rase? ehhehe.. 

tapi tapi tapi.. atoo takkan pernah give up. i won't give up.. untuk improve kan skill memasak. sebab pempuan ni kalau tak tahu memasak, makk aihh.. buruk lantak sangat la tu kan.. insyaallah, doakan ye.. 

yang nak tanye resepi (ade ke?) korang sendiri lah usha kat belog akak cikepal. selamat mengusha.


psst: nak cari abam chef, senang sikit nanti.. O.o
sekian.
xoxo =D


runningman ep133.. dah tengok belom?

selamat malam semua...
aneseyoour..ehhe..

to all running man fans, korang dah tengok belom episode #runningman #ep133? kepade fans tegar macam atoo harusslahh kan.. kepada yang nak sedut kat tenet tapi tak dapat, come to mama.. atoo kasi copy. free  of charges. dan kali ni dorang game kat macau.. gelak ke tak? eh, mane ade satu episode yang tak gelak kan. 

ape yang atoo nak share pasal lee dong wook. alaaaa, pasal base-base je.. dulu time zaman mude la, atoo dah jatuh cinta pandang pertama kat dia ni. suara dia.. time gelak lagilah.. ehhe.. habis semua drama dia, atoo cari kat google. semua gosip atoo gali sampai habis. satu malam godeh youtube pasal mamat ni.. ish ish ish.. peminat la katekan.

ok fine. sejujurnya tak semua cerita dia atoo tengok pun. just in case, dia jadi main role plus dia cerita fun untuk dilayankan. mengikut kajian atoo, dulu dia ni tak beberapa. hahha. yalah. pelakon korea ni, time mule-mule nak up la katekann, dorang dok fesyen rambut jepang(jepun) sangat tu.. oh ho.. not my taste lahh. 

ok. cukup menonyeh ye atoo. heehe. main topik just nak share yang kat bawah ni, screen capture time dia nak buggy jump.. tersangatlah adorable ye guys..


kegusaran dah ni, nak lompat ke tak? 


he's smilinggg.. homaigodd.. totally adorable.. dongwook deabakk!


lepas jejak bumi. and finally, i total total totally melt... (gediknyee..hkehkehkeh)

dan baru atoo sedar, yang dongwook ni omel angatt. hahhaha. natural gile dia senyum. malam ni nak mimpi dating dengan dia lah. kalau tengah sakit hati plus parah hati, atoo rase cukup dengan tengok muke dia yang tengah senyum ni, terubat hati yang sakit. sejuk je hati yang tengah lara. comfirm punye. dan ini salah satu cara untuk atoo get myself back.

kali ni running man in asia. start dengan macau. to be continued kat hanoi, vietnam. adakah akan ade kuala lumpur, malaysia lepas ni? yolahh, malaysia pun the one of asia right? hehhhe... same-same lah kita tunggu.


peminat setia runningman dongwook
xoxo =D


melangkah setapak lagi

#nowlistening: sahabat
#mood: degree

bismilah.

arghhh! tinggal berapa hari je lagi mase yang ade untuk melepak-lepak, bergolek-golek ayam golek dibilikku syurgaku. kalau ditolak tambah tak sampai seminggu je tinggal. cepatnye mase berlalu. (padahal dah 3bulan duduk rumah) rase kepuasan tu still tak jumpa.. hokk alohh.. gediknya.. ehhheehe

macam mane rase jadi budak degre ye? ke sama je.. nama pun setuden. pergi kelas, balik kelas. jumpa lecturer, dapat assignment. gedebak gedebik gedebuk, jumpe test. jumpa exam. cuti, result keluar. ha tu dia la ceritanya kan. 


ape kegusaran yang melanda? kenevesan yang melampui ketakutan.. semalam baru je turun segamat. nak usha-usha rumah. sebab buat degre kat segamat ni memang mencabar even belum masuk kelas lagi pun. budak degre tak disediakan tempat kediaman. arghh! satu statement yang memang tak suka dengar. nak sangat thril kan, hambik kau..

terimakasih kat mak abah sebab temankan along seharian, pusing segamat, sampai sesat kubur cina. pada kengkawan yang bakal nak daftar 23hb ni, bukak mata bulat-bulat.  sebab sign board segamat tu agak-agak tak nampak (dek semak meliar).

alhamdulillah. dapat jugak book satu bilik. sebelah surau. komfim setiap kali subuh ada orang kejutkan. 2bilik 1bilik air. 1bilik 2orang. yang penting, bas uitm datang tunggu depan tu jer. dan persiapan lain, bukak akaun bank islam, akaun sspn (kalau apply ptptn), buat check-up, bayar yuran uitm, almosst 70% settle. tinggal nak pack plus beli sikit-sikit bekalan perot.  macam biase lerr.

pandangan pertama? hahhaha.. macam orang lain juga. mengharapkan sesuatu yang lain tapi yang lain datang mendapatkan kita. haa, fahamkan.. tapi semua tu sifat sementara. atoo yakin. masa akan mengubahkan segalanya. masa kan pengubat yang baik. dan 2tahun je. sangat cukup untuk atoo mencipta dunia degre dengan flying paper right!

kawan-kawan baru? teruja pun ada, takut pun ada. macam-macam la. sebab atoo ni bukan sombong, tapi cuma taktahu nak mulakan perbualan. itu sombong namenya. mana ada. cuma taktahu nak mulakan. tapi kalau dah lama-lama macam cerite je keluar. sapa yang tak suka dapat kawan baru kan. tapi kalau.. arghh. tak tahu lah. 0.o

hopefully. semuanya berjalan dengan smoothly. doakan ye kawan-kawan. korang yang dekat ayer keroh ke puncak alam ke, atoo ucap selamat berjaya. mengharungi 2tahun lagi dunia student.. sama-sama kita teruskan melangkah. mencari ilmu yang sangat dituntut.


all is well
xoxo =D



February 17, 2013

sape je yang tak pernah buat, tipulah tu..

#nowlistening: whistle by florida
#mood: sudahlah


xoxo =D


February 16, 2013

bila attend wedding oghang...

mood: menaip lagi
#nowplaying: ganjil by aril

bismillah. salam pembuka taip-ing. kali  ini atoo nak share cerite wedding. wedding artis? pra-wedding perlu ke? kos hantaran macam jual anak? duit gambar kawin melampau? kawin muda? bercinta selepas nikah? ke.. nikah dulu baru kawin? opss! hahaha, intro nak propa sangatkan.. hurmm.. nak kate atoo ni kaki wedding, bole kira rasenye entry pasal wedding ni. hekhekhek.

berbalik pade topik asal yang atoo nak share tu cume lah satu topik biase. sedang-sedang saja. takde nya nak melebih-lebih propa. cerite wedding kali ni, cerite wedding sepupu navy kita. abang kapten katenya sepupu atoo. takdelah kenal mane, tapi tahu jugaklah dia ni anak mokde belah abah.

wedding kali ni, siap berpedang. macam wedding askar kat tibi tu. masa bride dengan groom ni jalan, ada la navy-navy tu beratur, angkat pedang masing-masing. then, bunyi tiupan ala-ala serunai tu. tapi bukan tu nama dia. kalau bunyi tu, macam yang bunyi dok panggil ular menari-nari tuh. haa.. mane gambar? alamak tak dapat nak amik. sebab time tu hujan turun dengan lebatnya. 

camwore yang wajib ade bile kami tige dara pergi mane-mane...

bape kali pergi wedding orang? seyesslynya, tersangatlah jarang. kalau cume ade mase terluang plus ade relation macam sedara-mara, maka wajiblah pergi. orang tua kate, kalau kita tak pergi wedding tu, gamaknya nanti wedding kau tu takde yang datang. betul ke kate orang tua ni? dari kecik sampai besar ni, bile atoo kemalasan nak pergi, ayat ni mesti kedengaran sayup-sayup kat telinga. 0.o

pada atoo wedding sekarang ni dah babezo benor dengan time kita kecik-kecik dulu. kalau dulu, masak-masak semua sedara-mare, sepupu-sepapat, siap berkampung nak masak sesame, prepare semua dari a sampai z. sekarang? semuanya pakai tempah dari a sampai z. sedare-sepapat cume datang pade wedding day, makan dan bergambo dengan pengantin sebagai alibi pergi wedding dia. hahhhaha. macam kejam je bunyi ni..

menyibuk ke dapur kononya nak tolong pape yang patot. tapi hampehh.

kalau pergi wedding sebenarnya kena buat ape? yang sebetolnya? hahha, soalan apakah ini? kalau ingat balik time kecik, wedding ni tempat permainan kot. yalah. before pengantin merasmikan tempatnya (pelamin), kami bebudak, berposing sakan. berlari-lari. main sorok-sorok. bunga mangga, bunga telor, segala bunga kat pelamin tu nak dipegang. 

ha ah yang ni, mase pengantin laki nak masok pelamin, budak-budak ramai-ramai kepong the bride nak minta pow (betul ke eja ni). kira minta duit cukai la gitu. time ni, bile the groom nak masok rumah, kena bayar cukai, nak duduk sebelah the bride pun ade cukai. rindu gile suasana wedding macam ni. ada lagi tak?

tak habis pula tu, sesi gambar dengan pengantin. dari yang tua sampai ke muda. meriah betol. macam-macam gelagat, macam-macam ragam. lepas tuh, the 3rd generation. sepupu-sepupu atau anak sedare yang muda-mude gitu, disuruh jadi flower girl. bukan yang tukang mengangkat kain pengatin tu, tapi tukang bagi gift kat para tetamu yang datang. siap berebut tetamu pun ada. hehhe.

habis je makan beradab. apelagi. 2nd gene ke 3rd gene ke, ramai-ramai dok mebelesah makanan beradap pengantin. bukan yang sisa ea, tapi lebih lauk tu. alah, pengantin bukannya makan banyak mane. faham sangat. ye dak? then, barulah gotong royong kemas segalanya.. 

bile malam, sesibuk dengan pengantin. bukak hadiah yang pelbagai. siap main teka-teka lagi. itu belom campur dengan hantaran. menyibuk jugak nak bukak segala perhiasan kat dulang-dulang tu. satu dulang mesti wajib ade cokelat. dan itu yang paling kami sepupu sepapat bagi sama rata. fair and square. dan yang dah tua-tua tu pi tolong kira duit kaut. duit pengantin. rindunya zaman tu.

se kecik mikail. anak buah sebenarnya ni. kejap lagi jumpe mesti dah besau. >,<

tapi tu semua cerite dulu. time umur baru setahun jagung. sekarang jagung tu dah banyak bertahun.. ape yang atoo buat bile datang wedding orang? datang. makan(semestinya). pergi jumpe pengantin. kalau sedara. kalau tak, tengok dari jauh je la. amik gambor bebanyak. klik klik klik.

bunyi sadis, tapi rasenye ramai yang macam ni. nak tolong ape-ape, rasenya semua tu dah ade orang yang buatkan. kalau pi wedding yang dekat dewan, mesti jumpa dengan waiter bebudak remaja. alah, yang pakai baju waiter smart-smart tu. kalau wedding kat rumah plak, mesti jumpa makcik-makcik pakatan yang pakai baju kurung same plus ade broosh bereben or bekipas duit sehinggit. #trademark #weddingmasakini 

lepas balik wedding. hah, jadi judges wedding la plak. eh, pelamin tadi tu serabut lah. tengelam pengantin. tapi pengantin perempuan cantik. tak banyak make up. untung pengantin lelaki. eh, daging sedap la. tapi ayam tu.. liat.. ayam pencen la tuh. tapi nasi sedap. eh, orang belum habis lagi makan, waiter tu dah amik pinggan. ha ah, nak makan pun tak selesa, asyik dok tenung cara makan kita je. pergilah diri jaoh-jaoh..tapi dessert sedap. rase nak tapau balik. hehhheehe

tu dia antara sosek-sosek dialog kami sekeluarga. tapi belum lagi, bab boncerot. orang johor je tahu ni. kan orang johor? kira macam wedding gift kat guest yang datang. kalau dulu dapatlah nasi sebungkus plus sikit lauk ayam or daging plus slice kek span or kuih ke plus telur pindang.. tapi la ni, sudu garfu dibalut handkerchief, gule-gule, jajan, keychain, macam-macam dan yang paling femes, mug bertanda terima kasih.

pade kengkawan atoo, kengkawan blogger, yang pernah invite ke wedding tu, atoo minta  maaf sebab tak dapat nak attend. jangan menyesal ajak ye. bukan taknak datang tapi keaadan tak mengizinkan. sorry.

dan betul lah. wedding sekarang tak sama macam dulu. macam-macam nak kena prepare. teringat maktok atoo cakap. 'dulu maktok kawin, pakai rm300 je. tu dah kira paling kaya zaman tu.' hahha. maktok, kalau ade lagi lah wang hantaran yang macam tu.. mesti dah turun statistik andartu dan bujang telajak kat malaysia ni. komfim punye. 

kepak kepom kepak kepom kepak kepom kepom..
selamat pengantin baru. semoga kekal ke anak cucu.


ape-ape pun, jalan mesti diteruskan. *tetibe. wedding kali ni, semuanya berjalan dengan lancar, even seharian hujan bumi airtawar time tu. okaylah. selamat pengantin baru kepada semua yang kawin hari ini. semalam. esok. dan bakal tibe. semoga bahagia ke anak cucu cicit dan akhirnya. 

nak cari kawan abam navy sorang la.*pulakdah.


sekian. xoxo =D



February 10, 2013

ape kena eh sha.. lisenapp..lisenapp..lisenapp..

selamat malam you olls....

malam ni satu video atoo nak sahrekan.. tak tahu kalau ade yang dah pernah dengar, dan belom dengar.. just nice advice to kakak shila amzah kite. dari pada encik mimpi..

sekali dengar ade betul jugak parody lagu ni. double setuju dengan encik mimpi. dan komfim tersenyum sorang-sorang bila dengar lagu ni.. terbaik wookk..

so, lisenap..lisenap..lisenap.. Apa Kena Eh Sha - Encik Mimpi (Respon kpd video Shila Amzah)



nak dengar lagu akustika tidur yang lain.. usha je  fanpage encik mimpi.. komfim tido lena malam ni..
selamat malam..


xoxo =D



February 8, 2013

mencari ke mengisi?

selamat pagi malaysia ku.

bismillah. hari jumaat. penghulu bagi segala hari. dan jugak hari yang ditunggu ramai. sebab. yeah! esok cuti. ape yang atoo nak kongsi pada jumaat kali ni, tentang masa. masa yang atoo tahu dan sedar pada waktu zaman ni, masa selalu mencemburui kita. semakin kita besar jadi orang dewasa, semakin cepat masa tu berlalu kan?


topik ni sebenarnya dari perbualan atoo dengan abah semalam. startnya sebab atoo kata nak beli novel. okay. ni memang anak makbapak. sebab ape yang atoo beli, alwaysnya kena report kat depa berdua. ini cerite betol taw. berbalik pada conversation kami berdua, abah tembak atoo sedas yang cukup pedas.

along, membaca novel tu, mengisi masa lapang. masa yang tibe-tibe free. bukan kita ni yang mencari masa lapang untuk diisi. dan lain konsepnya tu. membaca novel tu tak salah, tapi kalau dah mencari masa lapang untuk diisi tu yang tak betulnya. nak abah cerite sampai besok pun tak habis ni. bla bla bla. huishh.

seriesly, minat atoo terhadap novel, memang tak dipersetujui abah. dari kecik lagi agaknya maybe. yelah. setiap kali nampak atoo membace, buat ape bace novel tu. abah tak nampak pun buku tu bawak along kemana-mana. kalau abah, orang bagi free pun taknak. huhh, abah ape tahu. tak mensupport langsung.

demi masa bagi seorang islam.

pada korang mencari masa ke mengisi masa? pada atoo, lebih kepada mengisi. bukan mengisi masa lapang, tapi mengisi segala masa yang ade dengan sebaiknya. sebab masa ni berputar sekejap je. kita tak sedar. atau mungkin kita buat-buat tak sedar sebab esok kan masih ada. tomorrow never dies kate omputih.

dan abah. along bukannya nya beli novel tu, terus mencari mase lapang untuk membace on the spot. tak semestinya lah. beli dan kalau ade masa lapang baru bace. masa yang betul-betul lapang dan cukup. sebab tak mencabar langsung kalau bace tangguh-tangguh. sekali bace kena marathon sampai habis. baru nikmat kepuasan menbace tu ade berase. kan. hahha.

abah, membace tu jambatan ilmu. jambatan ilmu apenya kalau membace novel aje, sama macam berangan angan mat jenin. semuanya rekaan semata-mata tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun mati. abahhh! huhh! orang tua takkan pernah faham. hahha. 

apa pun pendapat korang tentang masa, sebenarnya masa tu cepat ke lambat, tetap pun bergerak. fakta bukan aota. dan takkan pernah berhenti ataupun mengalah. melainkan, bateri jam korang tu habis la. macam tu jugak dengan hidup kita. jatuh ke hape, kita perlu teruskan. life must go on. 

dan masa juga pengubat yang baik untuk sang hati yang sedang berduka -betul tak dr arjuna?


sekian. xoxo =D


February 7, 2013

segamat aku datang

selamat pagi pembacee..

bismilahirahmanirahim. menulis dan terus menulis. betullah orang kate, ape yang kita nak tu selalunya lain yang kita dapat. sama ada baik atau sebaliknya, itu depend pada bagaimana kita meneruskan perjalanan atau merangkak untuk meneruskan cerita kita. okayh. mukadimah merapu sekejap. hehhhe. okay. okaeyh. wokeyhhh...

sape budak uitm? result pun dah keluar. whuaa! sobsobsob. arghh! semua perasaan bercampur baur bila tengok result tu. dan why? why? why me? hanya kenapa yang tiada jawapanya. ahaks! tulah ceritanya, ape yang atoo harapkan tak berapa nak dapatlah. takpe. maybe ape yang atoo impikan tu, belum masenya untuk atoo dapat. all is well!

nak sangat muke excited terlebih macam ni..

dapat kat mana? jangan ditanya! kat belakang rumah. okay, tipu je. kat kampung halaman. semakin jauh kita harapkan, semakin dekat je sebenarnya jodoh kita. hukum karma. tapi. satu keputusan perlu dibuat. dan dah dibuat pun. cuma perlukan 2tahun je. tak lama mane kan. yes. i accept it. with a lot of love. hahhaha

perasaan? oh makk.. takutlah. neves sangat. macam mane? semuanya? hostel camne? dekat ke jauh dengan fakulti? kawan-kawan baru? kalau terlambat bangun camne? aduihh... hahh, tahulah kalau masuk uitm tu macam-macam nak kena get ready. macam nak kena approved by gred A. rekod kesihatan lagi. hah ni lagi yang atoo kureng sangat. kena pergi hospital lagi. check.check dan check.

try untuk nak think + la ni..

agaknya macam mane lah cerita aku nanti? korang yang pernah jadi student kat segamat tu, meyh la share story. tapi kat mana pun kita itu bukan pokok pangkalnya. semua terserah pada hati dan otakk yang tahu cara nak meneruskan plot storyline kan. yup. kat mana dan dimana bukan halangan untuk teruskan perjuangan. ayat nak power je budak ni.

dorang tawarkan course pemasaran. omputih panggil marketing. rasenya marketing atoo tima diploma dulu tak de teror sangat. tapi is ok. mencabar ke tak? eh, cabaran tu kena ada baru lah terasa lauk itu sedap dengan segala perasa kan.  

dua tahun yang diberikan tu atoo takkan sia-siakan.. even mustahil nak dapat dean list, tapi i will try my best. insyaallah. my wish? harapannn. harapan menjadi layu. ingin ku bahgia bersama. menjadi kenangan. memburu impian masa kita selamanya. teringat pulak lirik ni. eh, harapan atoo nak jadi wedding planner tak pernah layu okay!! tapi cume belum tiba masanya... hehheehe

cukup la setakat ni membebel dengan menaip hentah pape. kepada yang dapat menyambung.. congratulations atoo ucapkan. semoga kita same-same memburu gelaran dean tu. kepada kawan-kawan atoo, kita dapat jaoh la. tapi nanti time konvo, mintak-mintak dapat jumpe semua dan hang out same-same..rindulah korang..


sekian. xoxo =D


RAKYAT JELATA