January 29, 2013

macam macam cara ada!

cara nak kreatifkan hidup yang menbosankan? checks this out


just just,

STOP DREAMING AND START MOVING! ahaks


January 24, 2013

hanya Dia

Sekadar satu perkongsian cerita maulidur rasul.


Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.A.W
BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.


selamat menyambut mulidur rasul. credit:Adam&Hawa



January 23, 2013

banyak gambar hilang

12.43
garu-garu kepala.

alamak. wahat the happen?
wyh? tell me whyyy...?
banyak gambar kat blog hilang..
nak letak balik ke tak ni? perlu or not?

eh eh tapi banyak kot..
macam buang mase je nanti.
aduhh. gi mana ni pak?


12.48
kalau itu sudah suratan takdir



January 20, 2013

biO-bOOth -part2

entry bersambung -biO-bOOth(part1)

salam ahad you oll's,

ahaks. ahad hari yang paling syok. tapi hari penamat segala cuti. hahha. tadi baru lepas tengok #tv9 #nlko segmen  #trio. itulah kerja berfaedah bila duduk rumah ni. tengok tibi. tengok laptop. dan tengok tibi balik. tengok laptop balik. salingan mak dok membebel-belel bila dok terperap je dalam bilik. jangan jeles. 

dan untuk cerita entry kali ni yang memang dah berkepuk-kepuk tersimpan dalam draf. sadis. to be continued konon nya ni. sebenarnya cerita pasal kami-kami budak business ni apalagi, berbusiness la. tapi ni kira kitaorang ni batch terakhir yang have fun buat selling kat kolej unikop. sebab dengar cerita course selling dah upgrade jadi transport. so, adik-adik tu, study leklok ye pasal kenderaan bagai. kehkehkeh.


bila terkenang balik, memang manis pahit tu mesti ada dalam setiap perencah cerita manusia kan. macam biasa assignment kali ni, macam mana nak buat selling. rasa berselling dan how to make customer to buy our product. omputih dah. wee rindu giler pulak nak berselling. madam liza. apa kabar la madam sekarang ni?

penat dia. omak kaw. tak boleh nak story. tapi bila dapat balik modal plus untunggg, rasanya ohh, lihatlah dunia. aku kaya. kehkehkeh. memang pack gila minggu tu. lecturer bagi 3 hari je buat selling. tapi berbekalkan kejayakinan yang tak boleh blah, dan demi apreciate pelanggan yang datang lebih sekali, kami bukak kedai sampai last day. siap ada bagi gift. 




'caption nak bagi kat gambar atas ni? yang mamat tak berapa macho tu abang president business club. apalagi. nama budak business mesti la sokong anak-anak business. so, kena beli la. bukan forces buyer tapi vvvip customer. dari segi senyuman nampak gigi, rasenya dia gembira dengan layanan yang kami berikan. hahahha. tak gitu abang president? 


mascot utama untuk marketing. mr chef biO-bOOth. oh ya. kenapa bio-booth? ramai jugak yang dok menannya. bio tu sempena projek super mega etr kitaorang. bio-refrigerator. alang-alang tu semua nye jadi berserba-serbi bio. nanti ade masa, atoo share cerite yang tu plak. tak banyak mana pun yang kitorang jual. tapi boleh kita havoc jugak..

 sandwich telur omputih panggil egg sandwich.

 yang ini main menu. samosa kentang. paling hot item la gituuww

 sampingan, popis sosej. yang pandai je mampu goreng taw. hahhak

sweet corncup. kira hot jugak. sebab yang ni untung takde pesaing. sentiasa habis. siap ade yang tanya resepi. padahal petuanya, niat nak buat tu mesti dengan kasih sayang. betul tak mr spongebob?

customer diantara penjual. hahaha. yang ni paling atoo sokong. patut diterapkan dalam dunia perniagaan. even kami-kami ni bersaing untuk menbuat selling, tapi kami tetap sokong orang sebelah. macam mane? yalah. kedai sebelah beli kedai sebelah. even takde customer (dorang pergi kelas) selling tetap ada. ini barulah persaingan shihat walafiat.

itu dia cik niesa devough devusss. jiran kanan. jual kepek. jual tudung. jual banana split. jual aiskrim malaysia. kira mcam-macam jugak la dorang jual. setiap hari ade je yang upgrade. tapi yang paling atoo rindu, roti jala cicah kari. sedapp... 

yang ini jiran sebelah kiri. boleh dikata jiran rapat. sebab kalau ikut kedudukan kedai, kedai kami berdua macam disisihkan (tersembuyi disebalik corner). sob.sob. so, cara nak menarik pelanggan agak mencabar. dorang jual makanan bergoreng. adek beradik nguget tu. ade sosej, bebola, cucur sosej, dan jugak spageti. hot item spageti olah kakak shay. boleh tahan jugak la sebab sampai atoo beli satu.


haah, yang dorang ni, sempena nak guna barang terpakai ni semula, atoo suruh dorang jadi kenangan. sebelum papan board tu direntap, dikoyak dan ditong sampahkan, kena la amik gambar. mr ayie, mr raje dan mr wawan.

seminggu selling tamat dengan jayanya. walaupun marah geram senyum suka bercampur satu, assignment ni tetap berjaya disiapkan. satu je yang atoo kongsi, business ni takdelah payah mane kalau kita tahu ape yang customer kita mahukan. dan dalam selesaikan apa-apa tugas, berikan yang terbaik untuk dapatkan pulangan yang terbaik.


-tamat-


January 18, 2013

salah cakap atau salah tulis

salam kemasyarakatan,

dalam banyak hal yang pernah atoo buat, salah cakap mahupun salah tulis pasti buruk akibatnya. kata orang, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata, badan anda binasa. memang satu badan boleh binasa. biasalah hal budak kolej. otak tak matang. sikit-sikit nak diupdate status. tak dalam fb, twit sana, twit sini.

macam tak puas hati je ayat intro tu? hahha. semua dah lepas. apa yang atoo nak kongsikan, jangan kita jadi manusia yang cepat melatah. dan jadilah manusia yang sentiasa memberi peluang kedua. sebab dalam hidup ni, peluang pertama selalunya kita abaikan. antara sedar atau tak kita mesti terlepas peluang tu.

tadi atoo baru terjumpa satu belog ni. belog kaum sang adam. kalau sekarang ni, banayk belog yang atoo terjah, semua nak cerite pasal gambar. fashion. gosip. lawak. cinta kau dan aku. seangkatan dengannya. tapi yang ni lain sangat. bila bace tu ada rasa nak kenal ownernya. hahha. 

try jugak usha ade tak gambar sebenara owner tu, tapi hoho..  mungkin bukan jodoh kot. *tetibe. belog dia banyak berkisar kehidupan seharian yang tersendiri. cukup simple. cara menulis pun tak berat, tak mengada. maybe dalam umur 20akhiran. haha. taknak ngaku 30an. takpelah. atoo dah follow. tunggu je lah next update dia.

lari topik dah ni. yang sebenarnya. atoo pernah kot. hanya sebab marah dan geram bersatu. satu cerite tak puas hati tertulis. padah dan kejadahnya kena halau. damn it. ahahh! itulah, kalau tulis tak guna otak, tapi guna perasaan. eh, tapi kami ada hak nak menulis. ini belog kami. #LISTEN #LISTEN #LISTEN propa kejap.

ape-ape pun, bila teringat balik. bole rasenya gelak guling-guling. menanggis bagai orang gile tak siuman malam tu. macam dah the end of my life. rasa nak terjun bangunan segala bagai. rasa kena tikam bertubi-tubi. hati ni bagai dirobek tanpa belas. entah pape la budak tu. tapi semuanya kenangan beb. 

hanya kerna salah tulis dan salah cakap. 

okaylah korang. dalam hidup ni kena sentiasa #BEWARE #BEWARE #BEWARE





dua kata


salam jumaat.

selagi kita bergantung pada Allah. sungguh. kita tak akan pernah jumpa perkataan kecewa dalam kamus hidup kita. yang penting sekali, kita yakin.

saya tak boleh berjanji untuk jadi sahabat awak buat selama-lamanya, sebab saya tahu saya juga akan pergi suatu hari nanti, tapi saya janji yang saya akan jadi sahabat awak selagi saya masih bernafas.

-kbye-



January 10, 2013

kawan lama

hai kawan kawan aku. apa kabar kawan kawan.
sihat ke. dah lama tak dengar gosip meliar kawan kawan.

bismilahirahamannirahim. entri kali ni atoo nak share cerite kawan lama. kenape tetibe? hahahh. penangan cerite SetiaHujungNyawa punya pasal la. taklain dan bukan ini semua pasal hady si jahat! kawan yang makang kawan namenye tu. hahha menggong. emo pulak. 

entri kali ni takde pun menyentuh sape-sape. cume sekadar coretan seorang kawan kepada kawan. mase mule start nak mengenali kawan memang tersangatlah payah. sebab atoo bukan jenis yang pandai memulakan. tapi akan temulakan kalau bersebab. kira ade sebab kenapa aku kawan kau. kejam kan. sebab tu of course la nak siapkan assignment bagai. jangan fikir negatip je la.


kawan ni bagi kaum hawa lain sikit. mase start kawan. siap tanamkan dalam diri ni kalau kawan kite sampai tua. kawan atoo baik. sekurang mane pun dia, atoo sorang je yang tahu. dan atoo akan lengkapkannya. sebab atoo kan kawan dia. kongsi macam-macam citer. pergi meronggeng sama-sama. gosip pasal guys sama-sama. belum lagi cerite yang ehem ehem. muahahha.

sebelum apa-apa atoo nak cakap tak semua kawan ni macam kawan yang atoo sharekan dalam entry kali ni. sebab atoo percaya. kat luar sana masih ada lagi kawan yang tahu dan sangat sayangkan kawan mereka. kawan yang sanggup brkorban demi seorang kawan. dan atoo respect gile kat korang. sebab manusia ni kan macam-macam ragamnya.

tapi. makna selamanya tu memang banyak maknenye. benar kata pepatah. semakin kita rapat dengan kawan kita, semakin kita jauh sebenarnya. makin banyak cerite yang dikongsikan, makin banyak mengundang padah pada kita. kerpercayaan yang sangat pada kawan tu sendiri yang memakan diri sendiri. ini pada pandangan atoo lah. 

alah baselah orang perempuan ni kalau bab berkawan lain sikit. korang jangan lah biase sangat cerite macam-macam kat seorang kawan. sebab sampai satu mase bile hilang perkataan kawan. habislah. habis satu hostel tahu pasal kita sebelum sempat kita mencari kawan pengganti.

percaya atau tak, kita akan rapat dengan kawan kita kalau kita same-same ade story yang same. macam kira masing masing ade own prob. ada give and give. kalau kawan yang ade pakwe tu, dia akan rapat dengan kawan yang ade pakwe jugak. kira bole show off pakwe masing-masing. aku dapat bear besaw gajah.. esoknya, kawan kite tu dapat bear berbulu mahal. hahhahha.


ade pulak lain stylenya. jenis yang suka buat kita tertanya-tanya. jenis yang ni, time bile dia dapat mesej. tersenyum kambing. bile ditanya, sape bagi mesej tu. adalah. lagi dibuat senyum lagi curiositi kan? dia kate tak faham. kita yang suci ni nak tolong explain pasal ape yang dia tak tahu. tub-tub dia bermecej mesej. senyum lagi. dah habis explain. bole tanya, eh, aku tak fahamlah. huhhh. matilahh kaww.... 

yang ni plak. jenis kura kura dalam perahu. fesyen kawan yang macam ni suka pakai earfon kat telinge. nampak slange.. nampak naif. suci bebenorr. bile dipanggil, buat-buat tak dengar. padahal. semua cerite kat tangan dia. apa yang kita bualkan, semua dia tahu kot. dasyattt..

kawan yang ni  pulak. memang buat atoo tergelak. kalau bercerite bab lelaki. mak ai.. satu kampung kau dia bagi dengar. laki tu ni. lakin tu na. laki tu tutt tutt. scantal muke rambut pacak..muke jambu batu. bercerite pung pang macam tertelan micropon. tapi bile senyap tu. haa.. dia cite pasal pempuan la. hahahha.

bile terkenang balik jumpe kawan-kawan macamni, memang kelakar. tapi masih ade lagi kawan yang baik. kawan yang suke mendengar masalah kita. bagi kita nasihat. pandai bercerite buat kita gelak. pandai ambil cari mood kita. ya allah, kau permudahkanlah perjalanan kawankawanku diduniamu dan akhiratmu ini..


terima kasih sebab masih sudi jadi kawan atoo.


psst: tiada insan suci tanpa dosa masa lalu. tiada insan yg berdosa gelap masa depannya

January 2, 2013

wajah

dear blog,


along sayang mak abah sehingga hujung nyawa along.


January 1, 2013

hari pertame 2013

bismilahirahmanirahim..fuhh
mood: kalau tak ke mane.adelah
song: summer dream

dengan tertulisnya update kali ni, maka dengan itu. tercatatlah sebulan atoo duduk menanam anggur dengan jayanya. alkisahnya. hahha. tak rase boring? seriesly, sebulan tu macam syurga ko tahu jah! bangun ade sarapan. eh, bangun sesuke hati taw. lepas bekfs buka lappy. watching2 korea. sampai malam. hahaha. freedom for ever. gile la kaw atoo.

ehhe. into nak kemain ye story. takdelah. nak start tahun baru ni. nak buat kerja yang baik-baik je. same jugak dengan menulis. tetap diteruskan sampai akhir hayat atoo. maknenya tahun ni dah masok 22. alah, ade ape je pada nombor tu? takde hal la. kite just go on je dengan ape yang sudah tercatat untuk kite. 


azam tahun baru? hahahhh. banyak kali sangat nak buat azam, tapi yang capainya, boleh kira dengan jari lah. untuk tahun ni, cukuplah atoo cuma nak tunaikan azam yang lepas. simple.lepas ni dah tak bole memain dengan hidup. atoo dah nak kena series dengan the story of my life. wuahaha, takotnyeee

jeles. yup. mane tak jeles dengan kawan atoo yang dah ade life masing-masing. ade kerja tetap. gaji yang masyuk setiap bulan. ade kete masing-masing. ade pakwe. ade makwe. ade husben. dan ade anak. arghh. mesti korang dah takpayah pikir macam mengile dah lepas ni. mencari dan terus mencari sampai tak tahu ape  yang nak dicari macam budak seekor ni.. atoo tumpang gembiree untuk korang semua.

cerite. mungkin cerite atoo panjang lagi. bukan cerpen tapi novel. hahha. nak yang happy ending je ea. eh, of courselah. setiap orang kat dunia ni, dah ade plot jalan cite masing-masing. cume spanjang atau sejaoh mane plot cite tu kite yang merancng dan tuhan yang menentukannya. yup! exactly right.

nak cite pasal hari pertama ni, harini, sehhari suntuk kemas rumah. sebab setart from today atoo jadi anak tunggal. my sis dah balik kepangkuan hostel tercintan. muahahaha. pergilah sekolah. eh, atoo tak share dengan korang. adik atoo tu, dapat 8A you olls. gelige banyak otak dia kalau nak dibandingkan dengan  otak atoo. rezeki dia kot.

perancangan 2 bulan ni before sambung deg? atoo tak merancang lagi. just follow the road je la. malas nak fikir sampai rambak otak. oh ye. atoo mayba start menulis. maybe cerpen. atau novel kot. kalau siap. cantek storynya, atoo share dalam blog ni. wat mase sekarang masih dlm manuskrip lagi. ehhe. sabar menanti ye.

okaylah. sekian untuk merepek kali ni. daa..



 

RAKYAT JELATA