December 31, 2013

pengakhiran cerite 2013

bismillah.
assalamualaikum kalian yang jaoh dimate dekat dihati mak ni...

hah, ni penangan bile dah tige week tak bukak blog kesayangan. alasan kesibukan yang melampau memang dah tak boleh pakai ye kat sini. hahaha. hendakpale kat dinding tu. huhh.

ape kabor kome kalian? atoo baik baik sahaje. tapi agak dan memang betul bin benar. sekarang lagi tengah fening lagi tengah #exammood. ok. fine. pine. pineeee!! degree life memang mencabar habis. 

malam ni nak tengok bunga api kat mane? dataran segamat? eh, ade pulak retis turun padang ke? alah.. paling nazak pun beli kudap-kudap, dok countdown depan tv. malam ni #Markadam ade perform kt ntv7... hehhehe..harusss.. tengokk bebb!

semua kat insta, kat fb, kat segala networksosial dok sibuk post nak sambut kat mane new year, yang retis dok sibuk ajak pi tengok depa nyanyi.. jaoh darii sudut hati ni teringin nak join venture. tapi kesedaran ye. kamu tu tengah exam, dokyah pikir sangat nak berenjoy ye. sekian. sedia maklom.

dah dah lah tu meroyan kat intro. atoo oi! 

okay. sudah. cukup. titik. 

back to normal life. 

bile ingat balik. atoo bersyukur. alhamdulillah. masih diberi peluang untuk bernafas sampai umor lagu ni. masih diberi nikmat dunia walaupun sebenarnya tak layak. masih lagi menjalani perjalanan hidup yang sudah tertulis. masih diberi peluang untuk merasai kehidupan dunia yang penuh pencaroba. hamboi. ayat kau!! herhhehrher

tahun ni, banyak kisah yang tersendiri. kehidupan mestilah ade masin. manis. pahit. payau. eh. itulah kehidupankan. kalau jatuh. mesti bangun balik. kalau sakit. mesti belajar menerima rase sakit. kalau gembira. senyum sorang-sorang. #forevalone

sekali dapat menulis ni, marapu-merapu je lah yang dikeluarkan. ketahuilah korang. kawan-kawan atoo tengok dok sibuk study, ekaw ni dok sibuk nak story mory kat blog. aptb. eh.. sebanarnye post kali ni just nak recab story 2013. tapi lain pulak ceritenyer kan.. hahha.. jom, recab!!


first time pi tengok kete lombe. time ni haha. badan krem semacam. sebab belakang tu semua orang laki. segan mak kawkaw!


first time turun melake. eh, naik melaka. pi teman housemate pi dating. eh, tengok lumbe-lumbe kete. and secare tak sengaje, hari dorang ajak pi jenjalan ni hari beranak atoo. so, mengnjoykan diri sebanyak yang bole kat melake walaupun taktahu motifnye.. hahhaha... bytheway. thankz geng!


sambut beday gurls. kakjoyah. bella. maknab. bole dikatekan selang beberape hari je dengan hari beranak kite. dan first time jugaklah atoo merase western food area segamat yow. boleh lah daripada takde.

gambar paling atoo suke. ehh, quality agak kureng pulak. 
lets me introduce my classmates. JBM2404A in the house yaw!


the moment makan free sape yang nak tolak. classmates atoo, darkshan @ka shawntheship embek embek. kire tokey paling havoc kat kelas atoo ni ajak makan kambing bakar pokcik dia kasi. apalagi. mane bole lepaskan. pergh. malam tu, perut gua rase mahu itu letup. makan segale hasil bakaran deme. kambing, kerang, frankfetur. macam tu kot eja nye. bytheway. thankz shahiran for this moment!


takde kerja pi cari kerja. nilah bahannya. pi gune pinjam kete orang pastu wat dajal. the tingkap was crussh 100% bile time atoo tekan suis nak tutup tingkap. arghh. mase ni rase nak bunuh diri pun ada. rase malu sangat-sangat kat nani. apa nak jawab kat nani. nak mintak tolong sape. nak nangis airmate darah pun tak bole cantumkan balik cermin retak seribu ni. hahhaha. and thankz to my abah penyelesaian masalah.. along sayang abah!


classmate. classmate. classmate. 


menginterbiu banyak sem ni. turun batupahat pulak. untuk subjek entrepreneur. kena interbiu usahawan berjaye. so, this is it. hajah siti ngaisah pengusaha cendawan tiram yang berjaye. one fine day. nak sangat jadi pengusaha. tapi..insyaallah. one day maybe. thankz team mates. sudi bagi kerjasamaw.


presentation demi presentation. yang ni subject channel. kami interbiu abang koolblog je. sangat sangt kool. dengan niat suci bin murni dapat lah secawan coolblog. tapi.. kurennggg.. dah dapat info yang ko nak tu. pelagi. balik arghhh! hahhaha. bytheway, thankz bagi kerjasama untuk nak disoal menyoal.


recording demi recording. haa.. kau jah macam artist recording dah. disebabkan kekangan mase lecturer kitorang nak wat clas untuk presentation. so, the doctor bagi task record your presentation. hoho. walaweyh. pelagi. record. dan bercandid. thankz group member propa and beast researcher. walaupun atoo tak perfect bagi kerjasama, kite dapat judak hebiskan semuanye. all the best dalam final geng!


presentation paling i like very the much. for the subject marketing communication. how to promote new product. new product by kami entreprise, ubi spice special. eh, frozen food. tapi untuk pn aisyah, home made la jadinya kan. atoo dengan ummu siap buat testimonial ubi tu. hahaha, teruje punye pasal kan. bytheway, thanks team group. thankz penduduk jementah yang sudi bagi komentor positif dan negatip.


aktiviti terlebih rajin. dan maybe seumur ni sekali je kot atoo ikot mencari nafkah lebih. kes duit ptptn tak cukup. hahhaha. seharian jadi petugas umno. kerjanya mengasingkan. mengira. mengasingkan. mengira balik. hahhaha. totally out of batery gile time ni. benda senang disuruh macam ape je. sory. bukan salah umno. tapi salah management team area tempat atoo tu. macam kitorang ni nak hilangkan undi tu?? arghh!!


super duper active sikit sem ni. camping free pun atoo sapu kaw-kaw. kem taha@u anjuran bharian dengan tabung haji. katenye masok paper. puihh.. gebang lebih je. hahhaha. camp siite dekat dalam durian tunggal masok dalam tuhhh. okay lah. sakit tapi berbaloi. jumpe bebudak klmu, unikl. adek-adek semua. hahhhaha

last but not least,


thankz alot for given atoo chance be a part of soduko participant. hahaha omputih sangat dasyat budak ni. zoomanji bersame zoorangers di zoomelake.


pertandingan sudoku peringkat sekolah dan kampus walaupun tak up up tapi bolelah untuk kelab yang tak ramai ahlinya ni. thankz. makannan banyak lebih kot. hahhha


sudoku champioship lah sangat. ramai yang join ni semua ade niat disebaliknya. sambil menyelam minum kasi telan air tu banyak-banyak. hahhaha. bytheway, okay gak. motif utama tertunai. apekahhh???

here the story 2013 comes to the end. pengajaran nye. jadilah diri sendiri. sayangilah diri sendiri. terutama jage hati tu, jangan kasi terluka lagi. hahhhaha. pedehal budak ni. lari topik. 

secare penutupnye. kehidupan 22 atoo dah pun tamat. jap lagi ni, sat lagi, dah naik lagi satu angka. hutang bile nak bayor haa? kasi gua keje dulu brother. kasi gua peluang kasi mak bapak gua senyum dulu, baru gua settle same lu ok? eh, before terlupe dan sedor diri ni. all the best untuk bbebudak degree semua. sama-sama kita buat dan berikan yang terbaik untuk exam kali ni. same-same kite kejarkan dean list!!!


selamat tinggal 2013. and come to mama 2014.
semoge angke 2014 beri dan datng lebih banyak senyuman daripada tangisan. aminn..
xoxo =D

December 6, 2013

cerita sudoku bile ber Zoomanji

date: 27oct 2013
venue: zoo melake
event: teambuilding
nowlistening: story of my life

bismilahirahmanirahim..
haa.. tu dia.. alkisah dah despredo tak berblog. sekali berjela gambar atoo kasi tarok dalam kali ni punye story. tengok tarikh event, ni memang entri kasi lapuk dulu before publish. ahaks! 

ini cerite sem4 di #uitmsegamat atoo bersame team sudoku. pade hakikatnye memang agak banyak telan peria, tapi bile tengok balik moment ni, i proud to be the one of... even sebenarnya banyak kena marah kat sini. tak ape. all is well. terima kasih sebab sudi terima atoo yang serba kekurangan dalam team sudoku.

kali ni team building sudoku club berjoin venture dengan zoo melake. kitaorang sebagai ajk (management) cume perlu sediakan bas and peserta, then all the activity dah pun diplan oleh team zoomanji. okaylah.. banyak havoc jugak. and atoo, hehehe, kite jadi potographer @ka kakimerayau. eh, tapi we do our job, cume tak ramai yang nampak.then, here's the story began.. sekian. 

the tempat masok.. #zoomanji #zoomelake
here's the beast of me with ummu nur sakinah mohd rosli. kite kasi full name punye taw!
zone menunggu bile our lecturer belom sampai lagi..
the ajk team,
pic paling atoo peberet, credit to cik vee
slowly moly atoo belajar #selfie ni haa.. hahhaha, atas=cik vee, bawah=cik fira
briefing session with ketua projek cik fad
maroon team discussion lepas dapat first task
pink team, okay, itu amalina razali, my classmate @ka my jementahmate
task jawab soklan. senangg.., google kan ade! hahhaha
singing zone bile kena penalty. nyanyi lagu yang ade perkataan binatang.. 
penalty paling menghiburkan! solute korangg...

 kasi teka the eye of binatang. 10 kena betul. penalty kena...
telur+cincau.. pure punye.. eh, tapi sedop lol...hahaha
yang ni unik. rm1.50. magic katenye. tuang je airgas, bia 5min. 

next task. tapi yang ni pun penalty dia. rasenye penalty lagi best dari task..hahha

next task, amik duit syiling 20sen dalam katak-katak comel.. sejuk je tangan dalam tu..
tag yang kehilangan tuan nye.. the end of tag life... 
this is gajah comel.. kalau gi zoo, memang teruje nak jumpe dia ni...
cari pingpong bertande dalam kumbahan gajah comey tadi... yeahh! i got the power! gajah said. 
sesi berjimba kakak check point gajah tadi. dia dan gajah macam buddies. #takkanterpisah
haa,, kasi zoom. alah takdelah geli mane.. macam kulit kelape yang dikupas tu..
team ejaw.. 
task kasi conteng muke peserta.. baselah..
photo booth. tapi kitaorng asyik menepek je.. nampak tak..dari kena bayar jadi free..

paling rare.. ye ke? tapi poto peberet kita.. ular tu jinak dah.. hahha
thankz pada yang menjayakan event ni.. #uitmsegamat #zoomanji #zoorangers #zoomelake

timekasih pade yang sudi tengok cerite gambo kite ni sampai habis. terimakasih juga sabor menunggu loading nye. haha. komfim lambat loading kalau tenet korang slow. ape-apepun atoo happy jadi salah satu faci untuk teambuilding walaupun tak sepenuhnya bagi komitment. 

jumpe lagi di next event yow!


adiossa.. 
xoxo =D

November 3, 2013

tiga pekara


3 Golongan ditegah bersahabat:
1-Orang yang bertakabbur.
2-orang yang jahil.
3-Orang yang menipu.
Berikan kepada manusia 3 perkara:
1-Kasih sayang.
2-Kemaafan.
3-Keikhlasan.
Carilah 3 perkara:
1-Bercinta.
2-Bergembira.
3-Bertolak ansur.

Jauhi 3 perkara:
1-Mencederakan.
2-Membenci.
3-Menipu.

sumber: peribadirasulullah 


October 28, 2013

eh, 28hb la...

28hb Oktober 2013
satu tarikh keramat pasti ada satu post mengenainya kan.

hahha. tengok tajok pun dah tahu. mak abah atoo punya anibeseri la!

buakan tak hingat ea. dari semlam lagi dah bagi advance wishes. so, bile tengok balik date tadi rase nak tulis sikit la pasal mak dan abah atoo yang paling paling berharga kat dunia ni. 


yah. that's my abah and my omak k. abah like shy shy cat tu posing amik gamba. omak, steady cun.. jap ade lagi satu...


ternyata abah kite handsome dulu. mak atoo, cun be, perghhh. untung abah dapat mak. eh, chopp, abah kita takkan bace belog serpihan ni kan. yalah, kombang tu bile kita puji dia hensem. sebab memang dah banyak jugak la member atoo cakap abah atoo handsome. so, well, what do you guys think? hahhaha


mak abah. sebagai anak sulong. acececeh. atoo along taw. jangan tak pecaya sebab ramai kate atoo bongsu. ternyata korang silap 100%. 


abah mak. along tak dapat balik kali ni. eh, hari ni. nak sambut hari yang special ni. dan along still lagi kecik yang bagi sesuatu yang mak abah banggakan. along belum mampu lagi. tunggu sikit lagi je. tinggal lagi satu sem, insyaallah. along kerja, along akan make it something to both of you.


walaupun dorang kate macam-macam kat abah, along rase mak paling kuat. abah pun jugak. mungkin kita sekeluarga tak sebertuah diorang, tapi along lagi rase sangat bertuah sebab kita tak seperti dorang. walau camne pun garang abah (polis pencen), along dapay jugak ni haa jadi manusia at least. along nak sangat jadi sesabar mak dengan kerenah mereka yang tak tahu menghargai mak. takpe. dorang bukan penting pun pade keluarga kita mak. along, angah, adik akan sentiasa ada untuk mak dengan abah.


walaupun bertige pempuan, pada hakikatnya semua the jantans. bile gadoh, mak kaw, keluar semua sepak terajang, caci maki kaw jah.. hahhaha #adekberadik pernah sekali sampai abah keluar statement, kalau mak abah dah takde nanti agaknya, mesti kau orang bertiga berbunoh sakan agaknya. hahhaha. dashyat sangat tu abah.

setidak matang along ni, jauh dari sudut hati kecik budak berbadan comel ni, along sayang semuanya. sebab kita semua keluar dari tempat yang same dan dari benih yang same. itu je harta yang paling besar along ade buat mase ni abah, mak. jangan risau, along tahu tanggungjawab anak sulong ni besar. along akan jadi yang terbaik untuk mak, abah, angah dan adik. cume belum sampai masenya. mungkin. hekhekhek.


mak, abah.. tahulah sejahat dan sedegil kapala batu ni, along tetap namanya anak tumin. beribukan normah. that's it.  takpe. kita sekeluarga tak setaraf dorang kalau nak sebantal bersama. takpe. is okay. along tak heran pun. sebab along ade mak abah. tapi along nak cakap, along bangga jadi sebahagian dari mak dan abah. walau kita tak sekaya mane, tapi kita bahagia. kita sesusah mane, Allah sentiase berade dengan kita. Along sangat-sangat berterima kasih. 


along janji. ye. along akan tulis kan kat sini. supaya along tak lupa dengan apa yang along janjikan.along akan bahagiakan mak abah dunia dan akhirat. along akan senangkan korang. along akan jaga korang hinggan akhir cerita keluarga kita mak abah. Along mintak maaf. minta maaf sebab selalu susahkan mak abah dengan masalah silly yang along buat sendiri dari kecik sampai sebesar gajah ni. Along minta maaf. Along akan cuba jadi yang terbaik untuk korang. insyaallah.


Mak abah, happy anibeseri yang ke-23. semoga mak dengan abah sihat, diberi kesihatan yang baik, umor yang panjang, jiwa yang kuat dan tenang untuk menghadapi cerita yang Allah sudah tulis dan janjikan untuk kita sekeluarga. takpe, seteruk mana dorang pandang pada mak ngan abah, Abah dengan Emak tetap no1 dalam hati ni. cukuplah kita berlima menikmati jalan cerite kita berlima dengan penuh senyuman.


hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi bia terjadi..
hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik-baik saja..


along sayang mak abah sampai jannah.
xoxo =D


budak jiwa kacau, pi dok macaw lah

dears diariess.
bismillah.. 

sihat. hidup lagi ni haa. tapi agak naik jugak la. hahha. alhamdulillah. tak banyak kali ni atoo nak share kat korang. cume some opinion dari palehotak ni yang terpikir dan dicatatkan disini. cerite ape? semalam, hari dan esok terus berjalan dengan ceritenye yang tersendiri yang kita sendiri terlepas untuk menikmati dan menghargainya. tapi hati kecik ni masih lagi bersyukur, sebab aku insan teroilih untuk merasainya. 

manusia. sememangnya bermacam ragam. bermacam cerite. bermacam helah. untuk terus mengatakan hidupnya lebih sempurna berbanding yang lain. kenapa? bukan ini semuanya sementara. mencari yang lebih baik atau menunggu yang lebih baik atau menikmati semuanya dengan lebih baik. maybe. dan kalau dia bukan untuk aku, aku tak kisah pun.

untuk saat dan waktu ni, the true colour dah keluar. aku tak suka, tapi aku tak bole mengatakannya. aku tak suka. tapi dia sering datang mendekati. aku tak suka, tapi hari-hari aku kena menghadapnya. pengecut.? cakap belakang berulamkan makan hati je yang mampu. bukan. sebab aku masih lagi manusia. manusia yang masih lagi berhati perut.

manusia dan masalah tidak akan dipisahkan. sebab kita semua ade ceritanya dan sebab mengapa ia berlaku kepada kita dan bukannya orang lain. orang yang lebih senang, bahagia, tapi cerite mereka lebih senang. aku tahu, satu tahap orang akan menjudge aku itu dan ini. akan tahu kelemahan aku dan cuba menyampaikan kepada yang lain walaupun bukan dengan erti kata sebenar. 

kadang-kadang aku terpikir, kita semua hanya kerana bersebab kita bersama. sebab what we give, we get back! dan aku perlu ade 'lebih' untuk merasa perkataan bersama. sebab aku bukan sape-sape. aku tak tahu penghujungnya. aku hanya menurut hari-hari yang berlalu dengan senang hati. kejam. entahlah. sentiasa berfikiran positif dan menidakkan sesuatu yang jelas tu payah.

tak pernah teringin? hahaha meniipu sangat lah kalau aku menidakkannya. nak hidup seperti itu, nak jalan cerite yang ini. nak jadi yang sempurna dimata orang. nak semua pandang kita sorang je. nak jadi sehandsome dia. nak dihargai, disayang. aku sorang je. enough. hahhaha, gila kurang kasih sayang. tapi semua tu makin menampakkan kelemahan aku sebagai seorang manusia pada aku.

yup. memang. aku sentiasa berfikir ape yang bakal berlaku sebelum melakukan nya. untuk meneruskan satu fasa kehidupan yang lain, ye. memang aku tak nak memikir kannya. sebab semuanya takkan pernah terjadi seperti yang aku impikan pun. hahha. jadi langkah yang paling mudah, aku menikmati hari-hari hidup ini dengan semudah a b c. rase sakit, gembira, senang dan susah semuanya sementara. tak ada yang kekal melainkanNya.

dan sebagai manusia, stop mempelekehkan aku sebab ape yang korang nampak tak seperti yang korang fikirkan. stop meng'invisible'kan aku. stop men'gelak'kan aku. sebab aku bukan cerite kelakar. sebab aku masih lagi manusia yang masih lagi hidup. aku berdiam sebab aku tahu tak kemana kalau aku menidakkan. tapi hati kecik aku cakap, yup. alhamdulilah. aku bukan sperti kau.

dan sebagai seorang islam. cukuplah membezakan taraf yang tak kemana. tak bole bawak masuk kubur pun. semua tu pinjaman Allah. dia yang memilikinya dan meminjamkan kepada manusia yang terpilih. dan nak tengok sejauh mana manusia tu tahu menilai. berhentilah menampakkan kau seorang yang baik walau pada hakikinya kesian. 

aku minta maaf. sebab semua ini aku nampak semakin jelas. tapi aku tahu mungkin ape yang aku nampak, bukan seperti ape yang mereka cuba sampaikan. aku tahu. aku minta maaf sekiranya tulisan aku ini ade menyakit mana-mana pihak. aku cuma tulis ape yang aku nampak. ape yang aku percaya. dan ape yang aku rase. aku minta maaf tidak dapat menjadi seseorang yang seperti kau inginkan. aku minta maaf. 


aku bukan seseorang. 
terima kasih being seseorang untuk aku.


October 19, 2013

Jamboree TaHa@U

date: 20,21,22 Sept
venue: Kem Tebing Tinggi, Segamat
mood: excited + takot pun ade gak

dear bloggerz..

actually tajuk post ni dah lame bebenor jadi draf.. dan malam aim malam ni nak kosongkan pak draf. so, this is the story la nak cerite.

dipendekkan cerite tak banyak yang bole share kat sini, disebabkan urusetia kem tu tarik semua alat komunikasi. kira macam betol-betol punya putus hubungan dengan dunia luar. eh, intro sikit. kem ni 3hari 2malam. kalau lebih 3hari rasenye mau tak patah tulang-mulang den ni. penatnya hurmm, tidor satu hari pun tak bole recover satu badan. huhu. fine. atoo bukan kaki kem. ni pun free haa... mak nak kasi tahu. 

macam tag yang kat atas tu terang lagi nyata the word TaHa@U refers to encik penganjur kem kali ni. yaitu, TabungHaji bersame BHarian bersame bebudak unibersiti. pendek citer lagi, atoo tersangat bertuah. after berebut belon bagai untuk dapatkan group. baselah hidup dalam kem, hidup berkumpulan. mygroup is 9. official name 9gag. 

bebudak unibersiti yang terlibat, ofcorse, my uitm segamat tercinte, bebudak kptm batu pahat, dan unikl. dalam tiga name besar ni, my opinion la, unikl paling menyerlah. why? sebab dorang paling ramai dan gegile la.. dan kptm batupahat tu baru nak berjinak-jinak masuk uni. bebudak diploma lagi. adek-adek. hekhekh 


hasil colekan #twitpic geng kptm. ni kira picture paling semua ade. kalau nak zoom carik budak uitm, boleh juling mate. tapi, nak bagi nampak, duduk depan-depan. hahhaha, i'm the green lady.. tepi tu je hah.. depa kate, gambo ni masok paper. tapi entahlah.. bhahahha...

aktiviti yang bole atoo short listkan, masak. ini paling main kot. datang-datang, dapat kumpulan, terus kasi bahan basic, then memasak witjout any utensil tapi gune palehotak. siap ade judges yang nak rase sardin tropikana..ohh, thats my group menus. agak mencabar jugak la. tapi nasib menyebelahi kite. dalam group atoo, gegurlnya, uitm student. and thats make kemis tu dah ade.. huhu..

activity indoor or outdoor:
  • river crossing (base je, sebab dah penah buat), 
  • rafting (buat rakit+pusing sungai+nebesgile sebab atoo kan comel...), 
  • jungle survive (jaoh gile jalan, then kena memasak ditengah-tengah hutan getah, cari cacing banyak kali, kena pi pancing sendiri..teamwork kena kuat),
  • nightwalk (boleh la, sebab dah penah buat, so enjoy jugaklah),
  • malam kebudayaan (wajib ade, grop atoo hentah pape. sekian..), 
  • jenazah session (cara-cara nak kapan) and 
  • munakahat sessionn (paling gelaksakan, rase macam pi kusus kahwin..hehhe)
that's all.



disebabkan nak bergambar di tempat kejadian agak tak sempat, setelah ditakluki habis oleh geng unikl ngan geng kptm, so, uitm begambar dalam bas je.. sobsobsob.. bole kire ni tak sampai satu bas penuh pun.. dan sampai-sampai jom last picture koranggg..

Kem Jamboree Taha@U kat Kem Tebing Tinggi Segamat.


xoxo =D
p/s: dalam satu team kalau tak capai satu kate, team tu takkan kemana..*tetibe


RAKYAT JELATA