September 23, 2012

andai itu takdirnya...

salam ahad semua...

korang buat ape hari weken gini ea... semua pakat-pakat gi nusajaya ea... wahh, jeles gile. atoo jaouh nun sane.. cume dpt tengok dalam tenet je la jawabnya. takpe-takpe. cerite hari ni yang atoo nak kongsi, takdelah nak huha huha sangat. cuma sekadar luahan yang tak dapat nak diceritekan dengan suare. senang cakap kate-kate yang terbelenggu kat pale otak ni. hahha

semalam atoo baru habis bace satu novel ni. andai itu takdirnya. junior roomate atoo sarankan. katenya novel terlaris tuh. okayh. untuk tasha, kq atoo dh habis bace dah. not bad at all. bole tahan. yang pasti tak rugi wat koleksi taw.


entah nape cerite novel itu buat atoo terfikir sikit. eh, banyak. kalau ape yang atoo lalui untuk satu mase yang singkat ni tak sesakit mane. baru sikit dah mengeluh kan. watak aleya. seorang perempuan yang tak pernah kenal erti jatuh. bukan salahnya untuk menanggung semuanya sendiri. dibuang keluarge. dibuang suami. salahnya cume menyukai seorang lelaki yang tak tahu menghargainya.

umairah dan ikram. sahabat yang betul-betul atoo cari selama ini. sentiase berdiri disebelah walau senang dan susah kite berdiri. tak pernah kenal erti penat dan jemu menolong dan memberi semangat kepada aleya. umi yang tak pernah lupekan aleye. ikram yang sentiase memberikan bantuan tanpe dipinta. gile atoo sayang watak ilusi ni.. hahha

walau ape dugaan yang datang kite takkan pernah sekali untuk rebah. hidup mereka yang sikaya takkan pernah setaraf dengan simiskin. semiskin mane pun kite jangan pernah mengharapkan orang lain. berdiri diatas kaki sendiri supaye kite tak pernah nampak lemah. dan hukum karma takkan pernah melupekan kite.

banyak rupenya cerite kehidupan ni yang atoo tak perasan. ape je yang berlaku kat hidup ni kite kena reda menghadapinya. sebab hanya yang terpilih saje yang akan melaluinya. betul. andai itu takdirnya untuk cerite atoo, atoo reda. atoo pergi bukan kerana salah, tapi mengalah untuk kebaikan.


atoo minta maaf atas segale perbuatan atoo yang buat pembace sakit hati. segale yang tertulis ini hanya luahan hati atoo. takpernah terlintas langsung hendak memalukan mane-mane pihak. dan kepade tukang pnyampai yg tak bergaji. puas hatikan? takpe. mungkin sekarang awak bahagia, tapi atoo masih ade tuhan yang tahu cerite yang sebenarnya. dia pasti tahu ape yang dikehendakinya...

andai itu takdirnya jugak atoo akan menamatkan segale-galenye disini. fullstop. semoga korang bahagia dengan ape yang korang dah buat. untuk kawan atoo. atoo takkan pernah lupe pertolongan korang. kenangan kite akan sentiese terpahat dlm ingatan cerita atoo. terima kasih sebab masih sudi terime atoo. 


everything gonna be okay.


September 21, 2012

mungkin aku yang salah menilai

bismillahirahmanirahim.

salam jumaat.
olla. hmm, nak mula menulis pun dah rase lain macam. rase macam diperhatikan. finally, the end of my budies story memang tak terlintas langsung. habis macam tu je. im quit. sem kali ni betul-betul bole buat atoo jadi man sewel jugaklah. taktahu plak blog ni ade yang membace. uh-oh. awak-awak tu mesti silent readerkan.

eh, semuanya dah lepas. benda dah lepas buat ape nak kenang kan. bagi atoo, benda yang lepas tu perlu ade untuk mengetahui perjalanan cerite selanjutnya. takkan tibe-tibe sad ending kot. mesti ramai tertanya, kenape? what the happen? ape plot cerite tu sampai endingnya macam tu. kalau sinetron, semua faham. nak tengok awal ngan akhir je. sebab semua dah bole agak happy ending.


mungkin atoo salah nilai. cepat sangat trust kat orang. paling dasyat, suke sangat bercerite. itu ini. tu la.. kan dah kena. rupenya kaw sedang diperhatikann. kadang-kadang rase bangge jgakla. kadang-kadang rase, what the hell? hahha. ni mesti nak bukak pekung didada kan ni. nak start menaip, nak start bercerite.

la, kan dah cakap kat header tu. cheritera aq noor. of course la my cerite. ape yang atoo rase. ape yang atoo nampak. ape yang atoo tak dapat nak luahkan. semuanya atoo tulis. this is my second life. dan tak pernah atoo nak mention siape orangnya or maybe kepade yang terase, atoo minta maaf.

mungkin atoo tak pandai berkawan. yup! exactly right! kalau jadi manusia atoo. kena berdiri di kaki sendiri. jangan nak sangat berharap. kena sedar diri dan sedar tak semua like perangai kita. semua yang kita buat kat dunia ni ade batasnya. kalau sampai dah menlampaui batas, time tu mmg takde sape bole tolong. 

kenape ea? kenape sampai jadi macam tu. dulu semuanya okay. or sebab atoo tak bersuare ke? sebab atoo ni penakut. hanya mampu menaip dan terus menaip. pengecut! harap badan je besar tapi hati kecik! hahha. itulah sebenarnya atoo dalam reality life yang korang tak tahu. owner kepade blog ni. kelakar kan. 

ape yang nak berlaku dah pun berlaku. ape yang nak disimpan, lama-lama pecah jugakkan. semua dah tertulis atoo. macam mane, kenape, hanya dia yang tahu jawapanya. kite jadi manusia kan, kena redo, kuat. sebab ujian yang diberikan tu baru sikit, atoo. baru sikit je kaw dah nak jatuh. aptb kan...

  
-sedang.mencari.kehidupan-

September 11, 2012

malam itu

hmm,

wah. seronok kan. seronok dapat malukan orang agaknya. takpe. kaw nak surat layang jugak ke. jap. before tu aku nak cakap. ye. memang aku tak pernah ade laki. pakwe. melekat sane. melekat sini. ape hina sangat ke kalau takde pakwe? anak mak. ye. memang aku anak mak. yang kaw dok melekat, menepek umah tunang kaw tu ape cite? lagi macam ape je kan. cermin la diri tu dulu baru nak nak nasihatkan orang.

eh, before tu. kalau tak suka tak payah la datang menepek kat cerite aku ni kan. dipersilekan tekan button x kat atas tu la ye. sebab cerite ni untuk golongan mentality kelas A!!!

tapi nak tulis pasal sampah rasenye tak payah kot. aku manusia. kaw sampah. kalau sampah tempatnya memang kat tong sampah. tapi sampah ni dah berjaye buat kaw menanggis atoo. camne? sampah ni dah pun berjaye. berjaye mane? kena jawab kat akhirat nanti. aurat tak tutup. melekat sana sini. pakai baju mcam bogel. ape cite? 

betul. mungkin aku salah nilai. nak cite kat semua orang. dan sekarang? terime je la kan. ya allah. besar betul dugaan yang kaw beri kat aku.. bukan mengeluh. tapi itu kan maknenya allah masih ingatkan aku. sayang hambanya. terime kasih.

rasenye cukup 6sem ni aku dah hilang semua kawan kot. ade tak kat luar tu nak kawan ngan atoo. atau kat luar sane nak jadi boyfriend atoo? hahha. boleh bagitahu atoo camne rasenye ade pakwe kan. kesian kan atoo. kawan takde. boyfriend takde. gayut dengan mak, dah dipanggil anak mak. kesian kan.

tapi semua tu kan sementara. ade banyak lagi benda atoo nak settlekan. kalau kat dunia ni memang kaw boleh menang. tapi bukan akhirat sane. belum tentu kaw bahagia sampai ke sudah kan kalau sekarang perangai cam sampah. 

dah lah atoo. cukup. tak payah dilayan orang yang mentalitnya kelas bawahan. ye. betul. orang cam kaw, ade banyak lagi benda nak dipikirkan. cukup2lah beban kan otak kaw dengan masalah sampah ni. okay. atoo. ingat. tak semua yang indah time ni, akan indah selamanya. tak semua yang payah time ni akan payah selamanya. kan?

~all.is.well~


September 5, 2012

all.is.well...

salam syawal semua.

syawal lagikan... selamat hari raye kepade semua pembace. masih sempat lagikan. entry hari raye mane? rasenye belum sampat atoo nak share story raye untuk tahun ni. kenape? mase tak mengizinkan kot. dan klu nak cerite rasenya dah nak basi plak. hehhhe. tapi, takpelah kan. bukan nye ade yg nk bace pun. sobs sobs sobsss...

lame gile rasenye tak mengshare story. nak berblog tu memnag teringin. rase dah desperado ni. bhahha... (even takde pembace) entahlah. cerite suka duka duka plus sendu je la. cerite kali ni, sekadar untuk sebuah perkongsian je. cerite hati atoo yang ditaip dengan kedua belah tangan yang dipinjamkan. dan diolah oleh pale otak yang sedang menahan sakit. gile dah blogger ni.

malam ni, rasenye nak bunuh orang banyak-banyak. fullstop. kenapa payah sangat nak jumpe manusia yang betul-betul nak jadi manusia bukan parasit. cukuplah rasenye satu sem ni macam-macam perangai atoo jumpe. kadang-kadang tu rase macam dah nak tinggal nyawa ikan. tapi hidup mesti diteruskan kan.

memang rase kena tikam bertalu-talu la bile orang yang kite trust tu, ialah duri dalam daging kan. sakit. kita bagi peha, dibalas nya kentut nak haarrrooommmm tu. tapi maybe agaknya atoo ni jahat sangat kot time bebudak. dan sekarang accept je lah ketentuannya kan. redho binti pasrah.

pelik kan. atoo ni takde pakwe. tapi masalah tentang hati dan perasaan ni melampau-lampau. terlalu ikutkan perasaan kot. macam ni takbole ade pakwe lah. takpe. pakwe itu urusan Dia. i will be waiting. tak gituw...

now. sekarang tinggal lagi satu bulan lebih je atoo nak hadap semua ni. satu bulan. atoo percaye. kalau kite sedang diuji tu, maknenye Allah sayang kite lebih. Allah tak pernah lupekan kita. tapi kita?? ya Allah. jauhnya aku dengan mu. ya Allah. kuatkan hati hambamu ni.  

katelah ape je yang korang mampu lagi nak cakap. klu cerite kawan atoo ni pasti takde pengakhiran yang happy ending. maybe, atoo tak reti nak jage hati kawan kot. bajet bagus. gile kuase. jahat sangat. sebab tu tak layak dapat seorang kawan pun.  

seriesly. atoo penat. cukuplah. atoo nak cakap, atoo datang sini bukan nak cari pasal. tapi nak cari ilmu. ade banyak lagi benda yang atoo nak tunaikan. sebab tu, kalau boleh segala benda yang atoo buat, atoo nak yang terbaik. atoo bukan keluarge senang yang hidup cume tinggal cuci kaki. 

masalah dunia ni hanya sementara je. tak kemana lah. ya. betul. semua akan berakhir bile yang tertulis sudah sampai di akhir episod cerite. dan all is well wahai hati. untuk korang yang baru nak berkawan, pandai-pandailah memilih kawan. sebab kebaikn tu selalu menutup sgala kejahatn.


-all.is.well-


RAKYAT JELATA