April 25, 2011

betul! saye tak tipu... saye sayang awak..

assalamualaikum semua... selamat pagii...

kamsahamida datang blog yang tak seberape ni...

hehhe. gelak dulu. malu la nak tulis entry ni... (puhh.. puhh.. gedik nak mampuih la hang ni...)

buat pertame kali nya atoo nak buat entry love bin jiwang. pasal ape? dah terfall in love ke? bukan no dan seangkatan dengannya. sebab entah. macam terase terpanggil untuk buat entri. dah sampai seru kot. sebetulnya, minggu ni kan minggu exam kat kolej atoo. dan minggu ni, care terbaek atoo nak hilangkan tension, tengok cite cinte. ala-ala cinte komedi.


cerite cinta ape? hehhe. baru je kejap tadi tengok cite 30 hari mengenali cinta. petang, tgok trilogi cinta. before tu tengok cerekarama ana maria tu pun atoo layan. heheee.. banyak punye cinta. jalan cerite pun senang nak faham dan fun. tahniah orang melayu. cerite anda superb jugak. orang kate cite melayu entah papekan. salah! kamu itu yang entah pape! kaum sendiri pun nak jatuhkan.


okay fine! atoo mane tahu ape-ape tentang cinta. atoo tak tahu ape-ape. atoo tak layak nak kate ape-ape sebab atoo tak pernah bercinta. takde pengalaman, baek zip mulut tu. amboi! sedapnya cakap. and this is my blog not yourss!. so, you you yang cakap macam ni tak perlu read this. sile tekan x kat hujung kanan tu. ini pun nak bagitahu ke.

kepade yang sudi nak bace, atoo nak cakap. orang tak pernah bercinta tak mungkin takde pengalaman. orang yang takde pengalaman tak mungkin jadi kulit kacang yang takde kacang. orang-orang macam ni lah especially me yang dapat bantu memnbantu korang yang ade pobem dan selamatkan dunia ni daripada kesedihan. hehheee... percaye tak?


cinta beruk. cinta buaye. cinta gile. cinta gaduh-gado. cinta tulus. cinta cinta. cinta duit. silent cinta. cinte harta. cinta cerite. cinta ilahi. haaa, macam-macam cinta atoo dah tahu. macam-macam cinta atoo pernah dengar. macam-macam cinta atoo pernah bace. ala-ala doktor cinta gak atoo ni time sekolah dulu-dulu. ade jugak cinta yang menjadi dan cinta yang terputus benang ditengah menjahit.

dari kawan jadi teman tapi mesra. semuanya dalam tangan atoo. cakap besar seyh kamu ni. nanti, kena batang hidung sendiri baru tahu. bace, tengok, dengar tak same dengan ape yang kita rasa sendiri ye atoo. seyesly atoo setuju dengan yang itu. tapi ingat, ape yang kita rase tu kekadang dikawal nafsu dari minda. manusia sendiri mengaku, bile nafsu dah datang semuanya kalah. sebab tu atoo refer untuk bace, tengok dan dengar daripade rase.

"rase tak pernah bohong". iklan mi sedap je macam tuh. cube try 2 3 bungkus sekaligus. naek bohong kalau still rase sedap kan? tak payah nak be hipokerit kat cini. cinta pade atoo satu kurniaan ilahi yang datang dengan ikhlas daripadenya dan dengan kehendaknya. dan time tu, kita hanya ikut jalan yang sudah tertulis untuk kita. am i wrong?

banyak sangat dah ni atoo mencarut pasal cinta. jiwang jugak ye kamu. okaylah. nasihat atoo, be yourself. korang yang sedang bercinta just have fun with it. hargailah di sebaiknya. dan kalau love story korang adalah yang sebaliknya, cube renung sekejap. cheritera macam ni ke yang korang nak cerite dalam buku hidup korang. kalau bukan, make perubahan. it is our life!!!

p/s: kawan atoo cakap, hidup kita ni bosan kalau takde lelaki. wrong!!! kamu tu yang terlalu membosankan untuk hidup kamu sendiri... looserrr....

April 23, 2011

dah jauh baru nak ingat, bile dekat???

assalamualaikum semua,

selamat pagi.. morning korang!

sebenarnya tujuan nak online pepagi bute ni nak online kejap je. kejap mane la tu kan? yolahh! nak bukak ptar. tapi pehal entah, punya lah payah! damn it! waterpark betol!. okay, tercarut sudah. sorry you oll!

hari ni ade paper BEL311. tu dia, sempat lagi nak berblog pepagi ni. hehhe. depa kate, susah sikit paper ni. kalau kantoi.. simpang malaikat aa nah! depa kate lah. bagi atoo? tengok je la ape yang atoo boleh buat kul2 petang nanti. dan time ni, tetibe rase nak balek joho. my dearest kampung, batu pahat. rase nak peluk mak. rase nak makan jemput-jemput (cengkodok) mak. arghhh!! nak balek joho!


pehal plak tuan blog ni? i do know lah korang. tetibe rase satu perasaan yang kerinduan yang amat. tu lah, orang kate, dah jaoh baru nak berindu-rinduan. bile dekat, asyik buat tak tahu @ka do know je kan. yelah. itulah percaturan manusia yang manusia dok tak nak admit lah kan.

untuk cuti sem4 tak lame. kejap je meyh. only 2minggu. 2 week? arghh! menyeksekan. tidakk! wei kamu ni. cuti kejap payah. cuti lame payah. cuti ape yang kamu nak. opss! cuti yang tak lame, dan tak kejap. ade ke? hehhe... yelah, cuti lame sangat nanti, sampai dah tak tawu nak buat ape kat rumah. sampai, mak sendiri tegor, kamu ni bile nak balek kolej! hahh, tu dia que mak yang dah bosan tengok muke kita kat rumah. kalau cuti kejap, kenape kejap sangat cuti tu, tak sempat mak nak masak sedap-sedap. what??

along rindu mak a lot lot lot...

truely mak, along rindu sangat kat mak time ni. rase nak peluk mak. arghh!! kenape tetibe ni? kat abah? tak rindu ke? abah... same-jugak lah. tapi along rapat cikit ngan mak, so. banyak cikit rindunya. yang paling penting! along sayang mak ngan abah ketat-ketat plus banyak-banyak. dan untuk today, doakan along ye mak abah. along nak pergi menumpaskan musuh kat exam hall kul2 t!

p/s: untuk rakan seperjuangan atoo, gudluck korang...

April 21, 2011

RE:Peraduan Aku Benci Maxis Berukband

assalamualaikum semua. 

hehhe. lambat dah tak hupdate blog cheritera aq islam. dua minggu ni minggu exam kat kolej atoo. hari baru je lepas satu paper final. tambah tolak tambah lagi empat paper. banyak tuhh. tapi kali ni atoo nak share satu kontset yang atoo jumpe kat u-tube ni.

tajuknyaaa...

RE: Peraduan Aku Benci Maxis Berukband di kamigila.com



saya benci maxis berukband kerana takde pakej student. almaklom jadik student ni semuanya nak yang berpakej je. kalau nak laju pakai pakej bla! bla! bla! haishh, kalau bayar rm1** pon still loading berjanggut ape cerite? bukan nak cite, tp maxis ni lembab kalah nenek kura-kura lagi-lagi masok area kampung. tak payah cakap la time tuh. bayar nak cepat plus mahal tapi servis hampeh. tolonglah maxis. update cikit.

hehheee. hambik mu. bab mempuji-puji atoo memang pakar. hehhe.

ter'over' la plak.

"chi kalang wa guna itu celkom berukban."- sebb murah cikit walaupun ade limit. >.<

sape-sape nak join jom lah klik ramai-ramai kat kamigila.com

p/s: kepade penggune maxis kat luar sane jangan marah atoo ea. ini cume pendapat atoo aje... senyummm...

April 18, 2011

hidup ni memang tak diduga

assalamualaikum.

ahlan wasahlan.

arab cikit hari ni. kepale atoo ni penoh ngn perkataan arab. tak tahu la dapt jawab ke tak esok. harap-harap ape yang dibace itulah yang masok. hehee. mintak-mintak macam tu lah kan kengkawan atoo.

kali ni atoo nak share cikit tentang kehidupan. atoo tak tahu kenape atoo rase hidop kat dunia ni sekejap aje. tak lame. ye. semua nya adalah pinjaman daripadanya. tapi, kenape terlalu cepat sangat mase itu berlalu. sebab kita abaikannya? atau sebab kita just go on tanpe fikir panjang? atau manusia ni memang macam tu. dah takde mase, baru nak ingat mase.

dah nak final tapi, tak rase pon nak final. agaknya, bile dalam dewan tu tak dapt jawab baru rase final. baru menyesal tak bajo time ni. hahha. wat the hell, atoo???!! hahhha! inilah manusia. lagi-lagi tuan blog ni. pandai cakap tak pandai bikin. atoo sendiri tengah comfius. keliru. ahh! dah sewel dah ni. hiyarrrkk!! mak, tolong atoo! ya Allah, berikan hambamu ini petunjuk jalan yang lurus!....


semalam rasenye baru same-same kita bergembira atas beritenya, dan hari ni kita kehilangannya. lumrah hidup lah atoo. tapi kenape? satu-satu pekare yang kita tak jangke, itulah yang pasti akan berlaku. dan setiap kali perkare yang diharapkan berlaku, pasti jaoh sekali jadinya. memang sudah tertulis dalam kalam Allah sedemikian rupe. kita hanya manusia yang dapat merancang, tapi Dia yang menentukan segala-galenya.

dan untuk sepupu atoo, pemergiannya tak dirancang entah kenape atoo terase sebak lagi. hidup kita memang macam roda. roda yang sudah tidak mampu lagi untuk berputar. untuk kesekalian kalinya, semoge kamu tenang disana. ketahuilah, al-fatihah sentiase akan mengiringimu, arwah yana.

al-fatihah... yang tak pernah putus dari atoo...

dan untuk kawan-kawan atoo, selase ni kita bertarung di exam hall. same-same kita bawak ingatan yang kuat untuk menentang musuh. dan same-same kita dapatkan pangkat "dean!!"


p/s: nak sambung buat bace arab. ana aqra' arab!!! haiya..

April 17, 2011

pemergiannya tak dirancang...

assalamualaikum semua.

entah ape yang buatkan atoo nak tulis entry kali ni. pemergian sepupu atoo buat selama-lamenya. inalillahhirojion. takziah kat mak pah dan pokde. atoo tak sempat balik joho.

petang tadi, along col. abah bagi tahu berita sedih.

"yana masuk icu along!. dari pagi tadi tak sedar..."

owh, pasti nak beranak. atoo masih mengaggapnya biase. sakit beranak pasti ade kena-mengena ngan icu. tapi beberape saat kejap...

"long, yana dah takde."
"takde? sakit ape?" dengan bodohnya atoo tanye...
"ishh! budak ni! orang meninggal bukan nak kate inalillah.. tapi tanye plak?"
"ianalillahirojiun.. kenape mak?"
"nanti mak cerite..."
"tutt..."

memang tak percaye. kematian bukan boleh buat main cik atoo oi! ye. btol. pemergiannya memang tak dirancang tapi sudah tertulis. Ilyana Sulaiman. sepupu pertame atoo yang pergi. kate mak andak, arwah pergi dalam keadaan koma. air ketoban masuk ke paru-paru. atoo minta maaf arwah. minta maaf sekirenya atoo banyak menyakitkan arwah. memang kita tak rapat, tapi kehilangan mu pasti terase juga.


satu-satunya gambar perkahwinan arwah yang masih tersimpan rapi dalam lappy ni..

arwah yana pergi meninggalkan suaminya yang tercinta, encik yazid. semoga tabah dirimu encik yazid. tabah menjaga ankmu. arwah baru sangat mendirikan rumah tangga. bulan 5 tahon lepas. itupun atoo tak sempat ke sana. atoo minta maaf. dan anak kecil itu. kuatkan hatimu sayang. ibumu pergi kerana Allah lebih menyayanginya. tabahkan hatimu. suatu hari kamu pasti faham benar.

dan untuk arwah, semoga kamu tenang disana. pemergiaan mu kerana berjihad. semoge ditempatkan orang yang beriman. dan untuk si suami, tabahlah kamu. jadilah sekuat hambenya. semua yang berlaku ni pasti ade hikmah. dan untuk anak sedare atoo, selamat datang ke dunia baru. kelahiran mu adalah yang terpilih. mungkin payah untuk ceritekan pemergian ibumu sayang. tapi ketahuilah, kamu sangat istimewa dimate kami semua. dan atoo tahu, satu hari nanti pasti sayang dapat menerimenya.

semoga kamu tenang disane, sepupuku... ilyana sulaiman...

Al-fatihah

mengantukk!!!! tapi....

assalamualaikum semua,

mengantuk? aduihh, ni la masalah student bile dah dekat final. dan of course masalah atoo jgak. almaklom, im not a perfect person. hheeehe, bile time ni la, atoo dok search, tips study last min. tips tak nak mngantuk time study. tips senang masok time study. hahha.

sebenarnya semua tu boleh fikir sendiri tpi mngedikn ni nk jugk cari kan tenet tahap siput. gedik seyhhh! hehhe. biar diaq pi la. but, tapi sekarang ni, mengantuknya bile bukak buku. dah la final around the corner, tahap mengantuk mmg dah nazak! tolongla atoo. tapi, lain plak cite bile bukak blog. mate segar. jadi, what should i do? im dying giler sem kali ni.

maka tersebutlah alkisah, atoo berplan nak bukak buku selepas subuh tadi. malangnya, disebabkan penyakit mengntuk yang nazak, sampai sekarang tak bukak buku lagi. dok mengadap lappy dengan ntah ape yang disearch tak habis-habis. nak kate tengok movie kasi hilang tension, semalam dah sehari suntuk tengok movie. cite malayu, cite hantu, cite korea, nah tu dy habis semua movie digodam dalam lappy tuh.

ape nak jadik kamu ni atoo! hehehehh, nak tunggu dismiss ke sem ni? aichoii!! choii! mulut hang macam longkang. kang aq bagi sebijik, bawu hang tahu langit tu tinggi ke rendah. hhhehee.

chop! atoo hairan....( atoo tak kehilangan idea nak tulis bile atoo dpat col...)

tadi atoo dapat col. inalillahirojion. sepupu atoo dah pergi. pergi dalam tido. muda lagi orangnya. umor dalam 30 lagi. pergi meninggalkan suami tercinta. baru je kahwin. dan inilah roda manusia. pergi tanpe berita. pergi tanpe diminta. atoo minta maaf arwah. minta semua blogger sedekahkan al-fatihah kt sepupu atoo ni.

al-fatihah...

aminnn....

saye macih kawan awak lagi ke? part1

assalamualaikum semua, ape khabar?

dah lame benor atoo tak menulis dalm sini. memang bizi bebenor la nmpaknya ni. tapi kali ni atoo nak share tentang satu cerite yang atoo rase nak bagitahu korang jugak. atoo tak tahu kalau korang pernah terbace mahupun tidak. atoo dh mintak kebenaran tuan badan nak share story ni kat korang. sumbernya dimintak dirahsiakan. terima kasih kawan.


abu, amir dan aizat (bukan name sebenar) memang kawan rapat sejak sem1. pergi kemane memang bertige. pelik bile lelaki macam tu tapi itulah ceritenye. kalau sorang takde antare mereka ni pasti mcm kekurangn. tapi orang kate kawan bertige ni tak elok. pasti ade seorang yang terase terpinggir kelak.

kelemahan amir, dia seorang yang rendah diri. terlalu merendah diri dek fizikal dirinya yang sedikit comel. berbanding abu yang baikhati. walau ape orang kate pasal mereka, dia tetap meng'ignored' kannya. dan aizat, seorang yang paling berani cikit di antare mereka. mereka semua still need each other. ade jugak orang-orang macam ni lagi kat dunia.

tapi semua tu tak lame, bile msok sem2, semuanya mula berubah. dan kali ni memang betol orang kate, takde kawan sejati kat dunia ni. aizat mule tunjuk belangnya. entah dimane silap amir dan abu, aizat mule mengeluarkan kate-kate yang tak sepatutnya keluar dari seorang kawan. mule menyindir dan mengaibkan kawannya sendiri. pendek cerite. dari mate kasar, abu dan amir menikam aizat dari belakang. padahal, sebaliknya.

amir dan abu mule disisihkan. ape salah mereka? orang ramai nampak sebaliknya. tak lame lepas tuh, abu mule mengasingkan diri. mule berkawan rapat dengan orang yang lebih pandai, cerdik daripade amir. amir cube abaikan perasaan jahat tuh. tapi makin lame makin jaoh. abu dalam diam penuh pisau. dalam diam dia membunuh.

amir mule rase dia hilang kawan dan tak layak untuk mendapat kawan. atau dia hanya ade kawan bile dia ade sesuatu. dan kawan-kawan mungkin malu untuk berkawan dengannya? amir mule rase kalah. kalah dengan pertandingan tidak berjuri. dan untuk berkawan dengan kaum hawa, dia malu. lagi-lagi bile mate si hawa memandang tepat kearahnya. dia hilang kate-kate.

sampai sini dulu cerite pasal amir. kalau nak story lagi, nanti panjang sangat plak. so, atoo stop kat cini dulu, ye!

dan pade amir, "atoo teringin benar nak jadi kawanmu amir."

April 16, 2011

the 'KAMI' berparty 3b..part2

assalamualaikum semua.
ape kabar? dah lame gile atoo ketagih nak hupdate. tapi memang mase tak mengizinkan. dan hari ni, atoo nak jugak update walau ape pon yang berlaku. hehhe. hupdate kali ni, atoo nak sambung cerite tak beberape basi lagi. finally, jamuan yang atoo dan kengkawan rancang menjadi juga akhirnya. walaupun tak semua yang menjadi tapi moment ni memang the best of the world moment. erkk? betul ke bahase omputih atoo ni? hehhe.

pade semua yang bagi kerjasama, thanks bebanyak. memang perkataan thankz ni takkan penah putus dari atoo. sebab kalau takde korang tak menjadi jugak jamuan ni kan. pade ayie, wawan, iena, leya macih sebab gi beli barang2 kat giant time tuh. pade leya, iena dan ana, hasil goreng-mengoreng kamu licin. raje dan yana, sudi beli kek. sedap taw! 



dan ape yang atoo takut dah tak takut. macam keling la kamu ni cakap. hehhe. takut gak la makan ni tak sedap plus tak kenyang plus ntah pape je makan nye kan. ta[pi bile tengok balik pic kat atas tuh. kenyang kot. dan lagi kenyang bile tengok semua makan dengan seronoknya. sayang korang semua.

bfore semua datang, snap satu picture ngan mkann. 

dan antare mereka yang datang. terime kasih kpde yang join plus lecturer2..

 lecturer yang datang awal dan bersabar atas kelambatan jamuan kami...
sir rahimi, ustaz haffiz, ustaz hadi...

miss azima, miss nadia, madam syakirin dan sir zane... 

persembahan pertame, kau ilhamku by anas dan ayie... gitar, raje dan wawan...
 lagu ke2, situasi by anas. boleh tahan jugak la sore si anas ni sampai kami gelak tak habis...

hasil permintaan kami, ustaz haffiz nyanyi. lagu tombo ati. bahase yang dia sorg je faham. 
hhehe. time kasih ustaz haffiz. sayang lebih..

semua-semua jom bergambar...

senyum, semua... bagi semua masuk...

ustaz nampak sangat la cover tutt!!! hehhe...

dan picture-picture ni atoo tempek kuat-kuat kat sini. sebab atoo nak this moment yang atoo tak pernah lupekan untuk sem3 kali ni. atoo bersyulur sangat-sangat sebab dapt lecture yang sporting dan kengkawan yang fun sesame kepale. sayang korang semua ketat-ketat.

dan yang terakhir.. nak tempek picture tukang cerite. hehhe.
 senyum cover cun. erkkk!!?!? sengal punye atoo!

 hehhee... jamuan ni diakhiri dengan kepenatan. tapi kegembiraan dalam kenangan dah ubati kepenatan kami. ayat nk jiwang karat plak dah! hehhe. abaikan. dan nak gak cakap cekali lagi. atoo sayang korang semua ketat-ketat. minta-minta sem depan macam ni lagi kalaupun kita semua dah jaoh..

p/s: bukak buku ye korang. dan atoo ni tgah bukak buku sambil berblog. hehhe. boleh ye...

April 8, 2011

the 'KAMI' ahli-ahli koperat... Part1

assalamualaikum semua,

setelah sekian lame atoo menghilangkan diri dari belog cheritera aq islam, baru pagi bute ni atoo sempat jengah. memang giler la minggu ni. dan banyak benor story yang atoo nak kat korang. hehhe, bajet orang femes konon. abaikan ayat gedik ni.

kali ni atoo nak cerite pasal meeting kita orang. walaupun dah agak lame plus basi sikit. tapi still hangat dan jadi the best moment walaupun group atoo tak dapat the best meeting. thank sangat kat miss (lecturer KAMI) yang banyak mengajar atoo dan kengkawan pasal buskom. banyak pengalaman sweet sour yang atoo dapat.

nak story banyak, nanti entry akan datang. kali ni atoo nak share moment koperat the 'KAMI' kat blog atoo. biar ia tersemat kat cini... >.<



team pertame, "Indah Kayangan Corp". nak bukak cawangan baru kat luar negare kan? team pertame yang bertuah tunjukkan bakat koperat masing-masing. teamnya, ain, emmy, dato' wawan-ce0, chef raje, harriz, liyana dan jugak zulaikha-sec. pade atoo team korang paling hevook. masing-masing buat yang terbaek. dan atoo nak bgtahu, tahniah!


team kedua, "Cookies Comfort Corp". team meeting paling cruel ea... ouchh, takutnye ngan ceo korang. ahli-ahli koperat, fiera, yasser, Dato' nuqman-ceo, awie, nadiah, jehan dan jugak leya-sec. meeting pasal produk biskut baru. yang paling best, kami-kami dapat melantak biskut famous kat belakang. tenkiu leya >.<. nak bgtahu, tahniah kat korang. sebab masing-masing tahu buat kerja masing-masing tanpa meyusahkan orang lain.


team ketige, "Fasasa Health Care". keluarkan produk kesihatan. walaupun kehilangan ceo pada saat akhir, tapi dapat team terbaek. tabik spring la kat korang. team koperat, zaty, wawa, Dato' Ayie-ceo, zafri, aiza dan ana-sec. mesti fun kan, bile jemput Rokiah Daud dengan Rozita Che Wan jadi duta produk health care ni. hehhe. tahniah!!!

dan, the last team. 
"G4 Fixie Bike Corp"

before meeting... snap1!

after meeting...

snap2...

 gambar depan kolej unikop. hehhe. ni memang nak menunjuk- nunjuk dengan betol. 
bile lagi kan nak hamek picture depan tuh... hehhe >.<

team sape lagi kalau bukan tuan blogger ni. kenape banyak sangat gamba? sebab nak show off. hehhe. gediknye jawapan. abaikan. meeting kami pasal, nak keluarkan produk baru. sape yang terkoperat sangat ni? of course atoo, nadia, ina-sec, Dato Zarich-ceo, anas, zulkamal dan nabeeli. walaupun yang terakhir, still dapat pujian. tahniah kat semua!! 

sampai sini dulu je lah. nanti banyak sangat bosan plak kan nak bace. hheehe. memang the best moment yang atoo simpan rapi katlappy dan juga dalam cheritera aq islam. tahniah kat semua, sebab dapat atasi kekangan-halangan kerja bergroup ni dengan mental yang kuat. tak lupe gak kat security secretary, orang penting dalam setiap meeting. well done. atoo tabik spring tilam la...

kepade miss, maceh ye. maceh atas knowledge busscom yang diberikan. walaupun kami ternakal cikit, tapi miss still tahan hadap kami semua. terime kasih bebanyak. barries yang berbery-bery kami jumpe tanpe sedar. thankz a lot miss.

p/s: bile renung balik, nak buat meeting lagi sekali boleh tak miss? 
ahaks! meeting fun okay! bukan waterpark!!

April 3, 2011

aku tak suke disuruh!!!

assalamualaikum semua.
selamat hari ahad.

hari weken yang memang kerja atoo dudok rumah. nak buat ape? macam base ber'play' ngan si lappy. tahap kemalsan melande do sekarang ni. tak tahu la. makin final around the corner, makin malas. korang-korang jangan ikut perangai bur0k bebenor tuan blog ni.


kali ni atoo nak citer pasal disuruh. suruh? ye, mungkin kat luar sane cakap, ape mende suruh-suruh ni. saye suke menyuruh orang. saye suke disuruh. dan wei! aku tak suke la orang suruh-menyuruh aku ni! atoo nak bagitahu, kalau perkataan suruh ni tidak same sekali dengan minta tolong.

mungkin kita tak sedar kalau kita adalah mangsa minta tolong atau disuruh. orang cakap, kau ni! suke sangat suruh orang buat kerja. buat sendiri sudah. bukan suruh, tapi minta tolong. biase sangat kan kita dengar tanpa kita sedar kita buat ape yang orang tu suruh. baik kan kita. atoo nak sangat dapat kawan yang mcam ni.

tapi atoo nak cakap cikit. ramai yang cakap, looser kau! ikut sangat cakap si mangkuk tuh. maner ade kawan. cube fikir dari segi positif side. manusia ni kalau tak disuruh, dikerah mane nak jalan kan. kenape atoo cakap macam tuh? okay. jujurnya time bebudak dulu. kalau tak mak bapak kita suruh gi sembahyang. mane nak nak sembahyang. kalau korang tak pernah, atoo tabik springgg!

kalau kat kolej, boleh nampak sangat time kite kerja ber'group'. selagi tak ade yang menegaskan kalau satu kumpulan ni. maner la nak jalan kerja tu. dan bile ade yang menyuruh, ade pulak yang soseh, aku tak suke disuruh. jangan maen cakap. cube fikir dulu. kalau tak disuruh, alamk tak siap assignmnt tu. kita masing-masing tahu tentang itu.

atoo nak minta maaf kalau atoo banyak menyusahkan korang dengan menyuruh itu ini. minta tolong itu ini. atoo minta maaf. sebab atoo bukan manusia perfect. selalu bajet bagus tapi kosong. zero. tak pe. atoo akn ubah itu. atoo cume nak korang tengok situasi ni. sedar dan cube untuk lebih meminta tolong daripade suke menyuruh.

p/s: kate tolong lebih sedap didengar daripade kate suruhh.. erkkk??!?!?

April 1, 2011

kenape semua orang nak marah??

assalamualaikum semua,


lame betul tak jengah blog usang atoo ni. eh, tak beberape usang la tapi tak berhupdate. minggu ni memang minggu yang sangat-sangat teruk. tak tahu nak gambarkan camne? kena marah, kena marah dan kena marah. kenape semua orang asyik nak memarah?



sob.. sob.. sob... jangan marah saye lagi.... 


ape perasaan kena marah ea? rase teruk sangat. best sangat ke nak asyik memarah orang ni...? rase puas hati sesangat bile nak marah orang. rase macam dia aje tahu marah orang. dan orang lain tak tahu nak marah agaknya. tahu tak kalau perasaan marah kita ni tak la sebesar mane kalau nak dibandingkan-Nya. 


atoo tahu semua orang tahu nak marah orang. tahu perasaan sakit bile kena marah. perasaan gembire gile la bile dapat marah orang tuh. tapi lepas tuh? maksud? maksud atoo, lepas kita dah marah orang tuh, esoknya mesti dah bengangkan. malu. rase bersalah. bile kena marah pulak, mesti dah menyampah ngan orang tuh. tak mau kawan la, kalau time kecik-kecik dulu. pastu siap berkomplot, ramai-ramai jangan kawan dengan budak tuh. hehhe...


kenape atoo nak cakap-cakap pasal marah ni? sebab minggu ni atoo selalu kena marah. atoo selalu sangat nampak orang lain kena marah. dan atoo cume mampu nak marah-marah dalam blog ni. ye! atoo the looser. ade atoo kisah. seyesly, atoo tak suke marah-marah. nanti cep0t tuak. tak mau. tak mau.


dan fakta cakap, orang perempuan lebih cepat marah dulu daripade lelaki. betul! tapi kalau orang lelaki marah, lebih teruk daripade orang perempuan marah. lagi betul! betul tak? jangan cakap kat atoo kalau korang tak pernah marah. hipokritnyerrr... semua orang pernah marah. cume care mereka melempiaskan marah tu aje yang berbeza. 


jom atoo share cikit care nak kawal marah tuh. dan atoo pon sedang mempraktikkanya...


1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. 
firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)
2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat.
firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)
3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. 
Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)
4. Mengambil wuduk, 
sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)
siap firman lagi atoo kasi. so, korang. marah-marah tu tak dapat pape pon sebenarnya. adalah lebih mulia kalau kita menahan marah itu denagan memaafkan orang lain. ini bukan cakap kosong. atoo tahu. atoo pon selalu memarah tak tentu pasal. tapi, atoo janji kat diri atoo, cubelah menahan marah dan memaafkan kesalahan orang tu walaupun bukan kita yang salah. 

p/s: atoo minta maaf kalau atoo ade sakitkan hati korang. 
atoo minta maaf. betul-betul minta maaf.

RAKYAT JELATA