January 11, 2011

pelik lahhh...

selamat hari selase semua.. 

hari ni atoo, macam takde mood la. nape ntah? rase somethin bad will happen.
badan pon rase macam letih plus hidong sumbat, tekak sakit..
nak demam ke? tidakkk. mintak-mintak dijaohkan. amin.

atoo nak thankz sangat kepade korang yg menfollow atoo. atoo minta maaf tak 
nak bagi feedback. berukband memg tengah meragam. geram betol.

tapi hari ni atoo nak share tentang pelik. kenape dengan pelik? jom, check it out this..


Pelik ya,
Duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi
begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.



Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.



Pelik ya,
Betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.



Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi
tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.



Pelik ya,
Dengar iklan jualan murah di tv rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
Tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.



Pelik ya,
pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi
masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.



Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.



Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bolasepak jadi kegemaran kita, tapi
betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.



Pelik ya,
Rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tapi
majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.



Pelik ya,
ramai orang berebut paling depan bila menonton bola atau konsert, tapi
berebut cari saf paling belakang bila solat jemaah supaya boleh cepat keluar.



Pelik ya,
susahnya orang mengajak menyebar dakwah, tapi
mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.



Sekarang percaya tak syaitan tu ada dan sedang jalankan tugas??

atoo dapat ni dari membe atoo. mule-mule bace acam biase, 
kali kedua tertarik plak. so, atoo nak share ngan korang.
mungkin gak korang pernah dengar artikel ni. tapi atoo just nak 
kita saling ingat-mengingati. bolehkan?

 ~ salam pedoman. marilah kita merenung seketike...~

1 comment:

Anonymous said...

makan ubat!

um, bgus utk renungan :)

RAKYAT JELATA