assalamualaikum semua. selamat pagi jumaat.
oklah kali ni entry pasal teman. teman laki. teman pempuan. tean baek. teman belajar. bebagai segala teman. tapi teman yang camni ker yang kite cari? Teman yang lagi baik kite jauhi ialah yang terlalu taksub tentang diri sendiri. Segala-galanya hanyalah tentang dirinya. Kalau kiter keluar makan bersamanya, dia tak akan endahkan tentang kite tetapi hanya akan berbual tentang dirinya saja. Biasanya, teman ini suka cakap besar, baik tentang dirinya, telefon bimbit yang baru dibeli atau teman lelaki atau temanitanya yang baru ditemui. Kononnya, nasibnya tu jauh lebih baik daripada anda.
tapi tak lupe jugak pade teman yang baek hati. lagi-lagi remaja, kengkawan membentuk rangkaian hubungan yang amat dihargai di kala kiter lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan luar rumah, berbanding ketika zaman kanak-kanak dulu. Namun, dalam berteman pun, kite perlu hati-hati agar tidak mudah diperdaya dengan tabiat buruk teman-teman yang boleh mempengaruhi dengan sikap negatif atau akhirnya menimbulkan masalah bagi diri kite.
Nak tahu enam jenis teman yang tidak wajar kite dekati, dan memaksa diorang camni ‘mengibar bendera putih’ untuk menjauhi dirinya daripade kiter?
1) ‘Gila Aset’… Baik? Ada makna tu…
Mereka hanya akan dekati kite kalau kite kebetulan merupakan anak orang kaya dengan jawatan tinggi. Atau mungkin anda mempunyai abang yang tampan atau kakak yang cantik untuk mereka dekati. Di kesempatan yang ada, mereka akan tampil ‘menumpang kekayaan’ kite dan tidak langsung mempedulikan diri kiter. Ada pula yang akan mengambil kesempatan meminjam wang atau barangan anda tanpa ingin memulangkannya. Mereka juga mudah meminta anda membantu mereka tetapi apabila anda yang ‘kesempitan’, mereka pula menjauhkan diri. Teman jenis ‘baik tapi ada makna ni’ kasi buang dalam tongsampah jer tempat paling sesuai. Tugas mereka hanya mengikis harta benda kite.
2) Bagaikan dunia dia yang punya….
Teman yang lagi baik kite jauhi ialah yang terlalu taksub tentang diri sendiri. Segala-galanya hanyalah tentang diri sendiri. Kalau kite keluar makan bersamanya, dia tak akan endahkan tentang anda tetapi hanya akan berbual tentang dirinya saja. Sedikit pun dia tak akan tanya bagaimana hari kite atau perasaan kite serta aktiviti harian kite. Biasanya, teman ini suka cakap besar, baik tentang dirinya, telefon bimbit yang baru dibeli atau teman lelaki atau temanitanya yang baru ditemui. Kononnya, nasibnya itu jauh lebih baik daripada kite. Dan hanya pandangannya saja yang bijak. Jangan lupe bagi dia cermin kasi dia cermin diri tuh.
3) ‘Muka banyak masalah’, seakan memberitahu anda: “Kasihanilah aku…”
Pernahkah kite temui teman yang hanya akan datang kepada kite untuk dapatkan batuan dan nasihat?
Tetapi, apabila kite ingin menasihati, dia pula yang jadi serba tak keruan dan enggan mendengar. Alahai, kite dah sudi luangkan masa untuk bantu huraikan masalah mereka tetapi mereka payah menerima. Jadi, buat apa mereka ceritakan masalah mereka tu ya? Buang current pula.
4) ‘Melekat 24 jam’ dengan anda.
Teman ini tidak sedikit pun memberi kite ruang privasi. Dia akan mengekori kite ke mana-mana. Dia seakan enggan berkongsi kite dengan orang lain. Asal nampak kite dengan orang lain, dia jadi cemburu. Tapi apabila dia dah jumpa teman istimewa, dia mudah saja mengetepikan kite. Alahai, ‘rimas’ juga ya kalau ada teman macam ni? Nak bernafas pun payah!!!
5) ‘Plastik’ dan berjanji palsu.
Dia akan senyum kepada kite. Tetapi senyumannya hipokrit sangat. Apabila dikelilingi teman-teman lain, dia akan memperkecilkan kite. Apabila dia buat silap, dia tidak akan mengaku tetapi akan menyalahkan kite jika dia terkesan kesilapan kite. Biasanya, jenis teman ‘plastik’ ini hanya akan membuat kite tertunggu-tunggu. Alasannya pula banyak selepas dia berjanji menghubungi kite tetapi akhirnya tak jadi berbuat begitu.
6) Memandang ‘bulu’.
Apa salahnya kaum kite? kite orang Jawa, orang Boyan atau orang India - apa ada kena-mengena dengan ciri-ciri tertentu yang dikaitkan dengan kite? Jika si teman gemar membuat andaian kerana percaya bulat-bulat pada kata-kata orang tentang ciri-ciri yang dikaitkan dengan perkauman seseorang, dia bukanlah teman yang bijak. sekarang dah satu Malaysia lah! isu perkauman dah ketinggalan zaman. Tambahan pula, jika si teman ini tergamak menghina kaum anda dan keturunan datuk-moyang anda, bagi makan kaki memang sedap sanagt tuhh.
hurmm.. teman @ka kengkawan korang ade yang camni tak. cepat-cepat la korang jauhi dorang yang camni. buang mase. buang current je layan dorang ni. kepade kengkawan at0o, teman at0o, maceh tak jadi macam enam jenis kat atas tadi. tenkiu, sudi kawan dengan at0o yang tak seberape ni. isk! isk! isk! at0o hargai nyer. Dan kepade korang yang jenis cam di atas, sedarlah. tak baek boat teman camtuh. sebab satu hari nanti, mungkin dah takde sape nak berteman ngan korang.
salam...
No comments:
Post a Comment