March 31, 2018

Nantilah

#nowlistening: jangan menyerah
#mood: tilamku syurgaku.

actually baru je lepas jalan-jalan kat blog orang pasal persediaan umrah, then rasa nak update. gatalkan. lepas tu terus terlajak baca balik entri-entri lama, entri yang masih menggunakan bahasa rempit. alahai atoo weyh. kelakar. nak delete tapi sayang. nanti sepoluh tahun akan datang, kau baca balik, kau mesti tergelak sendiri. itulah kau zaman uni dulu. hahaha.

banyak sebenarnya yang berubah tanpa atoo sedar. rasa macam diri ni baru je lepas habis spm, feelin pening kepala nak masuk kolej mana kononnya. masuk zaman uni, dengan setiap masa dengan internet, macam-macam rasa, cerita nak dikongsikan. blogwalking dengan blogger lain tak pernah jemu. boleh dikatakan setiap hari atoo berupdate. and after masuk zaman kerja, lagi terus senyap sunyi sepi. sibuk betul dengan dunia kerja lahai... hahaha

and now sedang bercuti panjang, baca blog orang and rasa nak menulis balik. menulis sekadar meluahkan perasaan dan pemikiran pada masa itu. 

ya. dah masuk 2018 ni, mean 10 years ago, atoo have a big dreams. azam beratur panjang. akhir tahun, azam baru lagi. capai ke tak, belakang cerita, yang penting berazam lagi. hahaha. tapi bila dah sampai dunia after 10 years, stop being dreaming atoo. having a nice college, nice uni, nice job, nice positions, is not simple as that. makin kita tua, makin banyak benda yang kita nak fikir sebenarnya.

the words 'nanti' yang dari zaman sekolah lagi, memang tak pernah lekang dari mulut ni haa. semuanya akan ada nanti, semuanya akan okay. nanti okaylah tu. nantilah kat kolej. nantilah kat uni. nantilah dah kerja. nantilah nak diet. nantilah berubah. boleh-boleh nantilah. nantilah. nantilah. nantilah. and now, nantilah dah pun masuk two zero and eighteen, nantilah tu makin kejap betul.  

sebab, nantilah boleh kumpul lagi. nantilah, boleh rancang lagi.  
and nanti lagi? hahahaha.

nampak. banyak naw dah melalut ni.

semuanya ada jalan masing-masing. semuanya dah tertulis. nanti tu cuma alasan untuk sedapkan hati. disebalik nanti, banyak sebenarnya dah berubah, banyak sebenarnya dah capai. cuma tak nampak.  


coretan by atoo
xoxo =)

March 14, 2018

Kaki Kdrama Malaysia?

#nowlistening: jangan menyerah
#mood: kdrama bukan kaki kpop

Salam. Lamanya bebelog. Bukan setakat bersawang tapi entah ada ke tak orang yang tersesat kat laman ni. Entri kali ni dalam mood mencuba nasib. Nak tengok respon ada tak respon. Sebab nak buang macam sayang. So, kita cuba market. 

Sapa yang kenal atoo, yup! atoo memang peminat drama Korea since 2004 lagi. Darjah 6 lagi budak hingusan. Ingat lagi last episode Fullhouse, bersungguh-sungguh cakap mak nak tengok. Ini last episod. Nanti takde tayang lagi. Padahal masa tu tengah kena kuarantin sebab ada exam. Hadoi. Kelakar je. Bila dah tua ni, tak hairan pun kdrama keluar tv. Lagi hangin siap dorang alih bahasa. Tak masuk langsung. Dengan subtitles malay. Hahahaha


Habis cerita tu, dah gila bayang dengan Bi Rain (main cast). Demam weyh. Bila dia senyum, dengan mata dia sekali jadi sepet. Marah betul atoo bila ada yang mulut longkang, 'kau minat apek mana ni weyh...'. Hahaha. Semua poster kat majalah klik, surat khabar, atoo gunting, tampal dan simpan jadi pekasam. Masa tu mana ada intenet ni bagai. Ada lagi dalam kotak tu.  

Waktu tu, top dengan kdrama Fullhouse. Awal-awal lagi aku dah minat. Then melarat ke Wonderfull life, Memories of Bali, New Heart, My Girls, Princess Hours, eh banyak lagilah.. Tak kan boring walaupun atoo dah macam boleh agak ending dia. Lagi-lagi teknik cerita dia. Plot, watak, tempat eh semualah. Lagi-lagi bab dekorasi. Yalah. Taknak membandingkan, tapi memang tabik! 

 

So, daripada atoo nak buang cerita yang dah berkepuk tu, rasa sayang pulak. Jadi atoo akan burnkan dalam dvd. Dari korang tak sempat nak download, line lambat ke, ke rindu nak tengok kdrama lama-lama dulu, yup atoo ada.  

Semua series ini dalam bentuk softcopy (format avi, mp4, mkv). Series ni akan di muatkan (burn) di dalam DVD dan boleh di mainkan di PC/laptop anda menggunakan Windows Media Player, VLC, Media Player Classic, GOM Player dsb. English subtitle akan di sediakan.

Antara series TV lain yang korang boleh request kat sini:
Korean Drama
Korean Movie
Japan Drama
Chinese/ Taiwan Drama 
Japan Movie
Korea Variety Show
Korea Concerts/ Award~

Harga
DVD = RM30-RM70 per season 

Penghantaran (POSLAJU) percuma ke seluruh Malaysia.
untuk direct respon, whatsapp Atoo 0193926052 


coretan by atoo xoxo =)

RAKYAT JELATA