April 2, 2018

Aku Bukan LOSER - Part 14

14.
   Masa makin mematangkan kita. Antara aku selesa atau tak, aku makin pandai menyuaikan diri. Bukanlah payah mana. Semuanya dah ada dalam jadual. Ikut jelah jadual yang diberikan. Dia suruh belajar, kau belajar. Dia suruh solat, kau turunlah masjid, solat. Dia suruh makan, kau makanlah. Sabtu masa bebas, kau bebaskan diri sepuasnya. 
Kat hostel, masa aku habis dengan Nisa dan Ira. Masa tu aku yang rasa, yah, dunia hostel ni macam cerita baru kau dengar. Nisa dengan Ira, kira dari area sekolah kat JB, hot area, so cerita dorang lebih kurang. Aku pun, owh. yeke. kita orang lepak masa prep sama, riadah sama, pergi masid sama, cop bilik air sama, esok pagi kejut aku, dah siap mandi bagitahu aku, aku after kau, kau after aku, semualah aktiviti hostel bersama. hahaha. 
Dah cakap semuanya sementara. Sebab Nisa budak Awam, kalau dia ada discussion, then dia lepak dengan budak kelas dia. and aku still lagi lepak berdua dengan Ira. Tapi bila kat kelas, lain cerita dia. Kira macam based area aku dengan budak-budak senyap, dan Ira sebaliknya, maka aku terpisahlah. Yah. ira quite famous. Baby-faced kot. Secret admirer tak payah cakap. Aku tahu even dia taknak share pun dengan aku. 
Aku bukan nak cakap aku pandai, tapi bila kau mula rapat sikit dengan budak-budak pandai ni, dorang selalu senyap bila time cikgu takde. And akan banyak cakap, banyak tanya bila cikgu ada. Aku ni mana la pandai bergaul, end-up nya aku dalam kumpulan itu. Perlahan-perlahan aku try belajar, cari ilmu, ambil tip cepat ingat, macam-macam dorang turunkan kat aku. Aku bersyukur sangat. Even aku slow learner, Fazira la tetap sabar ajar aku sampai faham. 
Prep petang aku dengan Fazira. Sebab dia prefer habiskan kerja sekolah waktu petang, and prep malam, buat ulangkaji. So, aku pun follow study strategy dia. Nak jadi macam master, kenalah ikut jadual dia bukan? Tapi kelaut. Sebab malam aku dengan Nisa, kadang-kadang dengan budak kelas Nisa, makin syok sendiri la sensorang. Selain menelaah, macam-macam kau boleh buat, sedar-sedar dah buang masa dua jam.
Leley lepas kena bising masa meeting dorm, barulah dia banyak lepak bilik. And aku mula rapat dengan dia. Dia kelakar. Entah kenapa aku suka sangat buli dia. Aku selesa betul dengan dia. Aku panggil dia macam-macam. Dia still tersenyum gelak-gelak lagi. Dia budak bola baling. So, kira petang riadah, dia menghilang dulu. Tapi kita still sama sama basuh baju sebelah-sebelah. Dah sudah tunggu aku. Hahahaha.
Nama dia Laili. Sebab dia macam biskut dalam dorm tu, and kita orang tak tahu jelas nama dia, Laili ke Lili ke So end-up jadi Leley. Nice name by the way. Aku punya rapat dengan Leley, sampai satu tahap bila kita orang bergaduh, terus terang aku lost sekejap. Kita siap bersurat-surat minta maaf, then aku tak tahu nak react baik semula dengan kau. Serius awkward gila. Sampai senior campur tangan barulah dah okay balik.
Sebab dulu kalau dah tak bertegur lebih dari tiga hari, yah. status dia pada aku bukan kawan lagi. And aku terus awkward gila nak tegur balik macam tak apa yang berlaku. Yang aku jelas. Bila dengan Leley aku lain. Bila dengan Fazira, aku jadi lain. And bila dengan Ira, aku lain sangat. Banyak hal yang aku rasa mudah, tapi kena berhati-hati sebab macam-macam yang kau fikir tak ada apa-apa, boleh jadi apa-apa.

-bersambung

coretan by atoo
xoxo =)

April 1, 2018

How to start the conversation?

#nowlistening: lonely
#mood: kembali menulis

topik yang terlintas bila atoo terjengah facebook tadi. yalah. jujur bagi tahu, atoo ni bukan kaki "start' enjin. sangat-sangat mencabar bila atoo kena start the conversation. dan sangat-sangat awkward. kira kalau antara dalam group pun, atoo yang akan start dengar-dengar-dengar cerita orang dan mine will be "krik..krik..krikk..". kadang-kadang terpikir jugak kalau masalah serius ni dari diri atoo sendiri. kena bawak jumpa psychiatrist kalau ini serius!

sebenarnya just apa je any topik yang korang bualkan sampai dua tiga jam melepak tu? memang curious. pernah dulu tanya member yang tengah couple, ape je yang korang bualkan bila jumpa keluar pagi balik malam. dia just cakap borak je la apa-apa.. apa-apa tu based on apa sebenarnya? maaflah kalau buat ada yang terasa sebab atoo just menulis apa yang atoo rasa. takde kena-mengena dengan sesiapa pun.

even kalau kita terjumpa, terbump jumpa kawan lama tetiba. the conversation mesti,

"weyh, kau lama tak jumpa..?"
"study mana sekarang.."
"owh dah kerja, kerja mana?..
"baguslah.."

krik..krikk..krik, dan atoo akan end-up, "okaylah, ada orang tunggu dalam kereta..." hahaha

kalau balik kampung jumpa sedara-mara yang memang hanya tiap kali raya jumpa. lagi rare soalan wajib bak interviewee dengan interviewer tau situasinya.

"owh study lagi, study mana sekarang? amik course apa?"
"owh dah habis study, kerja mana sekarang?"
"owh dah kerja la sekarang. dah ada kawan ke belom ni?"

krik..krikk.krikk, dan atoo akan bangun dah pergilah menapak mana-mana yang sepatutnya. mostly, dapur lah. pergi basuh pinggan ke, potong bawang ke, kemas meja ke, makan kuih raya.. pelik kan? even dengan sepupu ke makcik ke pakcik ke, anyone la dalam rumah tu. sampai one day, pernah juga abah sound, "along tu dah kenapa sombong sangat. taknak berbual langsung."

the word, "sombong" kalau kecik dulu sedih jugak la dengar. tapi bila dah besar dan lanjut duapolohan ni, malas nak sentap sendiri. bukan sombong abah, tapi tak tahu nak berbual apa je. lain dengan mak dengan abah. memang peramah. ada saja topik yang boleh dibawak masuk.

kesimpulannya. sekarang atoo bertindak mengikut keadaan. atoo perhatikan dulu, atoo dengarkan dulu conversation dorang pasal apa, atoo cari point nak dikeluarkan, atoo fikirkan dorang akan faham ke tak? then atoo celah. makin berusia ni, makin kena pandai baca situasi. hahaha. kalau tak in jugak, yup, amik handphone, scroll twitter, baca allkpop, koreaboo, tengok vlive bts, supertv... hahaha.


coretan by atoo xoxo =)

March 31, 2018

Nantilah

#nowlistening: jangan menyerah
#mood: tilamku syurgaku.

actually baru je lepas jalan-jalan kat blog orang pasal persediaan umrah, then rasa nak update. gatalkan. lepas tu terus terlajak baca balik entri-entri lama, entri yang masih menggunakan bahasa rempit. alahai atoo weyh. kelakar. nak delete tapi sayang. nanti sepoluh tahun akan datang, kau baca balik, kau mesti tergelak sendiri. itulah kau zaman uni dulu. hahaha.

banyak sebenarnya yang berubah tanpa atoo sedar. rasa macam diri ni baru je lepas habis spm, feelin pening kepala nak masuk kolej mana kononnya. masuk zaman uni, dengan setiap masa dengan internet, macam-macam rasa, cerita nak dikongsikan. blogwalking dengan blogger lain tak pernah jemu. boleh dikatakan setiap hari atoo berupdate. and after masuk zaman kerja, lagi terus senyap sunyi sepi. sibuk betul dengan dunia kerja lahai... hahaha

and now sedang bercuti panjang, baca blog orang and rasa nak menulis balik. menulis sekadar meluahkan perasaan dan pemikiran pada masa itu. 

ya. dah masuk 2018 ni, mean 10 years ago, atoo have a big dreams. azam beratur panjang. akhir tahun, azam baru lagi. capai ke tak, belakang cerita, yang penting berazam lagi. hahaha. tapi bila dah sampai dunia after 10 years, stop being dreaming atoo. having a nice college, nice uni, nice job, nice positions, is not simple as that. makin kita tua, makin banyak benda yang kita nak fikir sebenarnya.

the words 'nanti' yang dari zaman sekolah lagi, memang tak pernah lekang dari mulut ni haa. semuanya akan ada nanti, semuanya akan okay. nanti okaylah tu. nantilah kat kolej. nantilah kat uni. nantilah dah kerja. nantilah nak diet. nantilah berubah. boleh-boleh nantilah. nantilah. nantilah. nantilah. and now, nantilah dah pun masuk two zero and eighteen, nantilah tu makin kejap betul.  

sebab, nantilah boleh kumpul lagi. nantilah, boleh rancang lagi.  
and nanti lagi? hahahaha.

nampak. banyak naw dah melalut ni.

semuanya ada jalan masing-masing. semuanya dah tertulis. nanti tu cuma alasan untuk sedapkan hati. disebalik nanti, banyak sebenarnya dah berubah, banyak sebenarnya dah capai. cuma tak nampak.  


coretan by atoo
xoxo =)

March 14, 2018

Kaki Kdrama Malaysia?

#nowlistening: jangan menyerah
#mood: kdrama bukan kaki kpop

Salam. Lamanya bebelog. Bukan setakat bersawang tapi entah ada ke tak orang yang tersesat kat laman ni. Entri kali ni dalam mood mencuba nasib. Nak tengok respon ada tak respon. Sebab nak buang macam sayang. So, kita cuba market. 

Sapa yang kenal atoo, yup! atoo memang peminat drama Korea since 2004 lagi. Darjah 6 lagi budak hingusan. Ingat lagi last episode Fullhouse, bersungguh-sungguh cakap mak nak tengok. Ini last episod. Nanti takde tayang lagi. Padahal masa tu tengah kena kuarantin sebab ada exam. Hadoi. Kelakar je. Bila dah tua ni, tak hairan pun kdrama keluar tv. Lagi hangin siap dorang alih bahasa. Tak masuk langsung. Dengan subtitles malay. Hahahaha


Habis cerita tu, dah gila bayang dengan Bi Rain (main cast). Demam weyh. Bila dia senyum, dengan mata dia sekali jadi sepet. Marah betul atoo bila ada yang mulut longkang, 'kau minat apek mana ni weyh...'. Hahaha. Semua poster kat majalah klik, surat khabar, atoo gunting, tampal dan simpan jadi pekasam. Masa tu mana ada intenet ni bagai. Ada lagi dalam kotak tu.  

Waktu tu, top dengan kdrama Fullhouse. Awal-awal lagi aku dah minat. Then melarat ke Wonderfull life, Memories of Bali, New Heart, My Girls, Princess Hours, eh banyak lagilah.. Tak kan boring walaupun atoo dah macam boleh agak ending dia. Lagi-lagi teknik cerita dia. Plot, watak, tempat eh semualah. Lagi-lagi bab dekorasi. Yalah. Taknak membandingkan, tapi memang tabik! 

 

So, daripada atoo nak buang cerita yang dah berkepuk tu, rasa sayang pulak. Jadi atoo akan burnkan dalam dvd. Dari korang tak sempat nak download, line lambat ke, ke rindu nak tengok kdrama lama-lama dulu, yup atoo ada.  

Semua series ini dalam bentuk softcopy (format avi, mp4, mkv). Series ni akan di muatkan (burn) di dalam DVD dan boleh di mainkan di PC/laptop anda menggunakan Windows Media Player, VLC, Media Player Classic, GOM Player dsb. English subtitle akan di sediakan.

Antara series TV lain yang korang boleh request kat sini:
Korean Drama
Korean Movie
Japan Drama
Chinese/ Taiwan Drama 
Japan Movie
Korea Variety Show
Korea Concerts/ Award~

Harga
DVD = RM30-RM70 per season 

Penghantaran (POSLAJU) percuma ke seluruh Malaysia.
untuk direct respon, whatsapp Atoo 0193926052 


coretan by atoo xoxo =)

RAKYAT JELATA