January 14, 2015

episod2 dunia dewase

#nowlistening: Evanesce by #superjunior
#mood counting days

eh, before tu. amboi kemain tempias awek kpop punye cerita tu menular berviral dah sampai mak dengan bapak atoo dok sound berdas das atoo sekali ni. hadoi. baru baca kat sompi.com nak dipenjara dengan fined rm1k. memang patot! komen atoo. serius ini memang patut. sebab awek tudung kpop ni habis satu sebelange kpop lover, runningman lover, ksong lover, kdrama lover semua kena tempias ni. ini memang tidak adil, tidak adil, tidak adil bagiku...


apa sudah jadi wahai adik-adik #B1A4fan yang mampu beli tiket fan meeting ni? dah kenapa terabur iman tengok artist kpop tu? mesti teruja bin eksited terlebih nama kena panggil naik pentas sampai lupa semuanya kan.. hadoi.. pening.. kelakor pun ada. atoo ni pun minat korea. tapi takda la sampai hingat dunia dik oi! malu kat orang korea. lepas ni depa mesti dah taksuka mai malaysia. arghhh!! 


ok itu tadi intro. habis intro. belum terlambat lagi nak ucap selamat tahun baru semua rakyat pembaca yang disayangi lagi dikaasihi. bulan satu lagi kan. dan dengan tahun 2015 baru ni, satu je perkataan yang tak tenhingga dan takkan pernah atoo lupa nak ucap hari demi hari;

Alhamdulilahh. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 


berita baik yang macam pucuk dicita ulam mendatang sejak dua menjak ni. Alhamdulilah. bersyukur sangat-sangat. boleh dipanggil two step closer dah ni. haha. pertama. dipanggil interview. mula-mula memang dah tak semangat. tempat jaoh. kerja yang dioffer betol-betol lari dari apa yang atoo belajar kat uni. sekali usha tempat kerja. disapointed jugak la. enviroment ca ya nun alif semuanya. seriyau jugak.


time tuh. pasrah bin menyerah. datang je la interview alang-alang dah sampai. ingat lagi pesan abah, takpe lah kalau tak dapat. yang penting dah ada pengalaman inteview. tempat ni pun seram abah tengok. apa yang atoo study mengila pasal compani, skop kerja, jawapan cepumas interview, semua dah kelaut. jawab main taram. omputih atoo pun dah bunyi keling kaw. takdapat pun tak pelah. atoo ngedo.


seminggu lepas tu dapat mesej. pagi bute pulak tu. anda diterima. terkejut satu badan kejap. mimpi bulan jatuh keriba dah ni. tapi dioffer skop kerja yang ada mengena dengan business (apa yang atoo belajar). then lapor diri 26th Jan. husihhh. biar benar la kan. dua tiga malam jugak tido tersenyum-senyum kaw. terus mengila mengoogle rumah sewa, bilik sewa. hahaaha


kat sini atoo nak say, bebanyak terima kasih pada google kerana telah membuat app instant street view. banyak orang kata menda ni banyak bad effect dari good kan. pada atoo sebaliknya. dah dapat koll akak uma sewa, terus mintak alamat. cari kat app ni. siap dapat view rumah dan sekitar tu ada faciliti apa. dapat jugak praktik nak ke tempat kerja tu boleh sampai tak? hahaha.


dan semalam. baru je lepas settle semuanya. akak tu pun okay. rumah tu pun lengkap. tinggal bawak tilam dengan bantal je. hoho. maknanya tinggal habiskan sisa sisa berapa hari je ni dengan cerita korea. sedih pun ada. apa-apa pun doakan yang terbaik untuk atoo ditempat baru ye. semoga tahun2015 kali ni sama-sama membawa semangat baru untuk kita semua tempuh dan kumpul harta bebanyak untuk campai target hidup yang seterusnya. amiinn..


jadi orang tiram la kita kali ni..
xoxo =D

coretan by atoo

January 3, 2015

eh dah nak praktikal? #tipraktikal2


#mood: jom senyummm
#nowlistening: senyum by azizharun

assalamulakom! 
sambung cerita semalam Part 1

part 2: semasa praktikal

first of all mesti teruja, exsaited terlebih. nak masuk ofice dengan erti sebenar ni. dalam yang sama, seram, nebes, gigil pale lutut jugak. takot penerimaan staff tu macam mane. takot kalau dapat kerja yang diluar batas kita. macam-macam positip dan negatip though kan? hahaha.. first day je tu. paling koman, seminggu tu kira macam mencabar jugak la. banyak benda baru korang akan faham dan nampak. 


ohh ya. lupa pulak nak cakap, sepanjang praktikal tu nanti korang akan diberi book log. tujuan book log tu macam diary apa yang korang dah buat semasa sepanjang praktikal itu bermula. kalau boleh korang tulis la buku log tu setiap hari. jangan jadi macam atoo. mula-mula je rajen. dah masok bulan ke2 dah kelaut. kadang-kadang tu, benda yang buat pagi tadi pun dah tak ingat. hahaha. akibatnya, time nak hantar tu nanti. boleh putus urat tangan woo.

     
second, diri sendiri. persediaan diri sendiri dari mental dan fizikal. kuatkan iman. kira senang cerita positif kan diri sehabis baik. datang on time. berpakaian kemas. rajin senyum. nak tegor malukan, senyum pun jadilah. selesaikan semua task yang diberi dengan ikhlas dan on time. kena buat air, kena basuh toilet, cukup untuk 5bulan tu je jadi pelakon terhebat. hahaha.


third, bina chemis sebaik bole. yang ini cara kita bergaul dengan staf yang lain mahupun boss. rajinkan bertanya. rajinkan menolong. minta kerja kalau kerja kita dah settle. sebab pada atoo, praktikal ni kira macam superman. bukan nak nampak baik, tapi bila kita dah tamat nanti, pastikan dorang terkenang kita. hahahaha. taklah. dah namanya praktikal, semua kerja kita perlu rasa dan tahu pengalaman barulah best.


forth, bataslah diri anda dengan social media. kalau bole jangan add mana-mana staf ke clique ke. hahaha. zaman sekarang ni atoo faham sangat. sebab atoo pun macam tu jugak. tak puas hati. marah boss. update status. tapi sila pastikan account social media korang tu tak sama dengan official email korang. bukan apa. biarlah sedia kan payung sebelum hujan. sebab nanti bila dah terkantoi. padahnya semua nampak.


last but not least. pandanglah dari sudut pemgalaman. apa yang terjadi pun masa praktikal ni pahit ke manis kita amik. kita rasa kepenatan tu akan jadi kemanisan kerinduan bila dah habis nanti. ingat. kat sana, kita bawak nama family kita, bawak nama uni/kolej kita. jaga sikap dan jaga cakap sebab semua tu nanti markah kita sebagai pelajar praktikal kat compani dorang.


tip tambahan 
praktikal bersama kawan?
atoo tak suggestkan kat korang. kalau bole try la sendiri-sendiri. yup. sebab korang takot, korang rase kalau ada kawan tak la gugup sangat kan. ada kawan, takde lah rase kesepian. hahahah. dont put too much expactation. nanti akan ada banyak persaingan sengit dan kata kawan atoo, "memakan diri". hahaha. sebenarnya untuk minggu dua pertama tu je.. hari-hari yang lain, dah tak ada apa sangat pun. so, tak payah takot sangat dengan alam praktikal ni. just go with the flow..


kadang-kadang takde kerja?
ni selalu di alami mereka yang praktikal di compani kecik. jangan risau sangat. feel the freedom beb. kerja boss, kita dah siapkan. minta kerja kat staf, kita dah setlekan. budak praktikal kan selalunya pantas dan efisyen nye kan.. so, korang buatlah report tu. time atoo dulu, atoo habiskan dengan bace jonal, buat thesis tu step by step. ada jugak la kalau line clear, terjangkau tengok runningman, roomates.. gelak malahap sorang kat depan lappy.. hahaha


hopely tip-tip tak berapa ni dapat menenangkan gelocak dihati dan membantu apa yang patut pada korang yang baru nak merasa praktikal. alam praktikal ni takdo lah seram macam ju-on tu. kita kena pandai create the memory and tackle all the environment supaya kita pun dapat kerja dengan senyum dan tenang. adiossa! selamat berpraktikal!


coretan by: atoo

January 2, 2015

eh dah nak praktikal? #tipraktikal1

#mood: melangsaikan penulisan
#nowlistening: gemuruh by faizaltahir

assalamulakom! 
jangan terkejut. azam atoo jugak untok tahun ni nak ada kommitmen yang berterusan dengan belog kesayangan hambo ni. ada duit lebih nanti atoo belikan mukabaru ya. buat masa ni just steady.


hari tu kan dah janji nak share sikit pasal praktikal. sebelum. semasa dan selepas. tak banyak mana, tapi hopely dapat menbantu korang adik-adik hakak yang baru nak merasa chapter terakhir dalam dunia belajor ni, praktikal. atau orang jawe kate, internchip. dah ada pengalaman baru berkongsi kan. here, the story start!

part 1: sebelum praktikal.


yang ini tersangat lah penting. ingat penting! jangan amik mudah. padahnya bernyanyi tak berlagu macam atoo ni haa. rasanya, bila lecturer tempat study korang tu dah bagi taklimat pasal cari tempat intern. korang mulalah mengusha mana-mana company besar. pointer besar ke kecik ke belakang kira. 


kira usha bebetol, call, pi datang sendiri lagi baik. kira macam korang buat sikit survey pasal company tu. ye atoo faham. kekadang kita takde masa, student katanya. kekadang tu kita macam malas lah. hahaha. itu atoo. pengajaran nya kat sini, pengalaman yang kita nak tu akan limited. kira macam, praktikal ni satu-satunya peluang korang nak merasa dunia kerja dalam erti sebenar. so, pliss rajinkan diri. matikan malas tu kejap. 


next, kalau boleh korang purpose dulu company tu. selalunya, lecturer suruh tunggu surat hea keluarkan dulu kan. then, kena berikan tiga nama company. pastu hea buatkan surat. then, amik surat, tu scan, email ke company. ataupun pakai post, tapi rasanya dah tahun 2015 ni, posibility tak dilayan tu macam banyak je. hehe. kiranya kalau korang purpose dulu company tu, sama ada dia tolak ke terima, takde la kerja  kita mengulang-alik hea tu buatkan surat korang. bila compani dah kata boleh, barulah berikan surat rasmi dari kolej/ uni korang. 


document apa je yang nak disediakan? 

first, surat cover letter kenapa nak intern kat situ.
second, resume yang cantik cun melecun.
third, mini transcript result korang.

semua document perlu di formatkan pdf bagi nampak kemas. sapa nak contoh, letak email kat komen.. insyaallah, atoo tolong.. dah hantar email.so, tunggu je la respon sama ada positif mahupun negatif. eh, lupa nak habaq, pilihlah tempat intern yang relate dengan course yang korang studi tu. hehe. dan jangan lupa follow-up dengan company yang korang dah purpose tu. 


nak cari kat mana je peluang intern ni?

yang ini pada atoo banyak sangat peluangnya. depend pada korang kat mana nak. tapi depend jugaklah, korang dah berlesen ataupun tidak. sangat kekurangan taw bila kita masih lagi tak berlesen. banyak compani tu lebih suka mereka yang berlesen dari yang tidak. so, amik lesen awal-awal ye. masa atoo dulu, selain cari kat google, atoo usha jugak majalah.com. kat sini banyak gilos offer. tapi be careful je la nak memilih tu.


swasta ke kerajaan? 

pada atoo, atoo suggest korang lebih kepada swasta. atoo tahu ade sosek cakap kan, kalau kerajaan nanti kejenya jadi pemotostat ke pembancuh. tak semua sebenarnya. tengok dan depend pada bakal "boss" tempat korang tu lah. dapat yang baik, insyaallah. bahagia je sepanjang praktikal. kalau dapat yang makan hati, takpe. kuatkan iman. besabar. sebab kejap je praktikal ni. tak lama mane. 


antara compani besar yang kengkawan atoo pernah join, naza world, karyaseni, lejen press, karangkraf, telekom malaysia, sime darby, tabung haji, bank islam, proton, perdua banyak lagi lah. korang jangan risau, pointer tak banyak, peluang takde. korang just apply je position nak intern yang berkenan dihati. ada rezeki, korang diterima. 


elaon macam mana? 

pada atoo jujur cakap elaon ni kira macam tersangat penting. hahaha. tapi sebenarnya, elaon sikit ke banyak ke, tu pekara kedua. dapat compani bagus, alhamdulilah elaon masyuk. tapi yang compani kecik, elaon so so je. okaylah kan. semuanya depend. yang nak dekat rumah, mesti tak kisah pasal elaon. company biasa selalunya rm200. tapi kalau besar sikit, rm3++ sampai rm5++. tapi ada jugak clasmate atoo sampai rm8++. semuanya rezeki memasin.


to be continues Part 2...
xoxo =D


coretan by: atoo

January 1, 2015

episod1 dunia dewase

#mood: buku baru
#mowlistening: hero


alhamdulilah. one step closer. cehhwahh. sebenarnya baru settle hantar report viva. nak tahu. dah hantar report pun masih lagi nampak silly mistake. format tulisan tak tukar. padamoke! hahhaha. malas nak pikir. dah hantar. settle la tu kan. bukan apa, gerram jugak sebenarnya dengan diri sendiri ni. print dekat berpuloh kali, salah still beratus kali. pastu print lagi. pastu nampak mistake lagi. arghh!! nak dekat sebungkus a4 tu jugak atoo kojekan. dah hantar tadi, nampak mistake lagi. manusia dan mistake tak dapat dipisahkan sebenarnya kan..


ok. nak habaq kat satu dunia ni. atoo dah habis belajor. fuhhh. jyeahhhhh. lalalla. maka dengan ini tamatlah zaman study cik atoo. tamatlah zaman berjage malam sebab assignment. berjage malam sebab esoknya ade paper. bhahahaha. barulah student katanya. nak sambung lagi? maybe, akan datang. niat dah pasang. cuma buat mase ni, azam nak bayor hutang pt dulu la ceritanya.


terima kasiih kawan-kawan clasmate #jbm240 #marketers. terima kasih atas cerita cerita kenangan kita bersama. maaf atas segala cakap depan, cakap belakang, pelakuan depan, pelakuan belakang, jeling depan, jeling belakang, yang diluar sedar atoo. yup. atoo memang banyak kekurangan dan masih lagii sedang merepair diri ni. #maafkandiriini


kenangan manis kita simpan ketat-ketat. kenangan tak berapa manis, jadikan teladan. kenangan terlebih manis, kita jadikan kenagan terindah. semoga kita semua terus sama-sama capai target hidup memasin, ada kerja best, ada duit banyak, ada kete sendiri, ada rumah sendiri dan ada keluarga bahagia. #targethidup kata madam jas, kita konvo kat segamat. insyaallah. ada jodoh kita jumpa bergathe-gathe ye.


dan semalam dapat satu mesej yang buat atoo dup dap dup dap la. even sebenarnya tak la besar mana tawaran yang diberikan, tapi oklah. berpadan la namenya fresh graduate. doakan atoo ya. harap-harap semua tu berjalan dengan lancarnya dan tahun 2015 kali ni bermula dengan cerita yang indah untuk kita semua. aminn.


p/s: Al-fatihah untuk keluarga dan mangsa #QZ8501 #prayforQZ8501 
tak lupa jugak #prayforpantaitimur #bestrong

xoxo =D 
jom marathon citekoya! hehe

RAKYAT JELATA