July 28, 2013

cerite ramadhan atoo

#nowlistening: kalau aku kaya...
#mood: ramdhan18

salam gengs.. yuhuuu..intro nak mcam pn che pulak. hekhekhek..(versi dah lama tak update)

pejam celik pejam celik, dah tinggal bape hari je kite semua oghang sesama islam nak sambut hari raye. dan pejam celik jugaklah blog ni semakin menyepi. arghhh! tapi takkan terus menghilang. ade dan tetap terus akan ade cume tak segilak dulu. dan ramdhan kali ni pun, tak banyak story nak share. totally jadi different person atoo kat bumi segamat ni. 

last year ramadhan, kemain haihh.. setiap hari bercerite. makanan buka eh iftar, amik gambo. bazar? hari-hari pergi, menunya lagilah macam-macam ada.. time sahur. kitorang masak. b4 makan, amik gambo dulu. kemain kot. zaman budak diploma. bebudak lagi. innocent..housemate pun time tu melayan bile atoo keluar je camera. iftar kat kedai, dengan budak kelasss... rindunyee.. tapi tu semue cerite diploma. #kenangan #unikopsyurgamakanan

sorang tengah buat degre, sorang tengah kumpul duit kawin,,, rindu aku tak? hekhekhek... 

tengok, nak gi terawih pun bergambo sat naa... bekas roomate...mira, jadi budak finance ke?? hahhaha

yang ni memang menu feberat ramadhan. kerabu+ayamgoreng.. 

lauk sahur..untuk 8 orang...rindunye moment ni... #masaksendiri #makanantin

last iftar dengan budak kelasss.. masing-masing dah ade life sendiri. bile la nak gather balik kan?

ramadhan sebagai budak degree? after all i been through 18days of ramadhan, alhamdulillah. eceehhh, omputih sat ye. atoo sambut ramadhan kali ni dengan mr.final payper. kalau tak silap, 2nd ramadhan tu ade payper lagi.. kira time tu agak keseteghesssan.. mak atoo kate, name pun student.. so, rilek brother, yelek brotherr.. 

habis paper 14hb tu, esoknya dah sambung intersesi. see, ramadhan kali ni agak tak terase sangat. boleh dikatekan, hari hari jumpe puan che. eh, bukan-bukan menyesal. takdeh. kira macam hari hari hari otak ni menerima dan menerima. (ok tipu, weeken mane bukak buku).. senang cite, atoo takde cuti sem. haa, kan senang.. 

perkongsian ramadhan kali ni, bukak balik folder degre ni, arghh! takde banyak gambor. takde memori of degree. orang kate, jadi budak freshie degre ni memula kena innocent, sem baru nak belajar setart enjin.. panas kan dulu. sem depan baru setart tekan gear4 teruss..ok? juadah beboke yang sempat atoo amik dari membe, untuk 1st day ramadhan sampai 3rd je.. sobsobsob...


untuk menyambut ramadhan kali ni, ummu dah offer nak buat mi sup kaki ayam. sedoopp.. sem depan buat lagi ea ummu. 2nd day, ummu jugak yang offer nak buat jejemput pisang. aduh, my feberet.. memang telan kasi licin la citernye kan. 

3rd ramadhan, puding telur (kalau tak silap) made by ida. atoo jugak yang tukang perabis kan.. atoo masak ape? dah kate tukang makan. makan sokmo la deyhh.. ehheehe, jap tengok balik, 1st day tu atoo buat jejemput bilis. dorang kate sedap. tapi for me, ofcourrse la sedap kan.. #kakijejemput #kakimakan #sapenakaki?

itu jer gambo yang dapat atoo share kan. itupun ihsan kengkawan. terime kasih semua. sekarang, tengah bertungkuslumus ni menghabiskan intersesi selama 25hari saje. nextweek test1. amacam, ready ke tidak, shortcouse kali ni memang betul tershock. raye kite je awak, cume ade 4hari. 4hari? 4hari? even cerite raya kat tv3 tu pun ade sampai raye ke-8.. huhh.. fine, atoo #kakitv. tapikan, cerite raya kali ni best-best taw.

nak buwek camnor, hidup kena diteruskan. botingkek botingkek yow. dari kena amik sem5 nanti, baik amik sem pendek ni haa. settle payper opm ni, baru la langsai hutang gua ngan #uiitm. 

update kali ni memang panjang. sejak dah berminggu dok usha blogger orang, cerite itu, cerite ini. iftar dengan ni, iftar kat sinun. seyesly, atoo jeless.. huargghhh.. nak join tapi hanya mampu tengok jela korang update. sedeyh. medeyh. pedeyh. #foreveralone. dan blog sendiri terbiar, so, ceritenye memang panjang kelaut. dah tak sah jugak la kalau tak digambarkan kan. 
  
ini cerite hari-hari nak pehabis sem3 hari tuh. tak de lah dah basi, cume suam-suam kuku. #jbm240 #marketeers #uitmsegamat

last kelas qmt dengan pn shahieda. qmt? omk omk omk, korang yang belom amik tu, jangan nak dok heboh mnanya atoo kalau jumpe atoo lagi sem4 nanti. sorang-sorang atoo pelangkung yerr.. tapi insyaallah, mintak2 lulus pun cukup la payper ni.. tolonglah atoo ya Allah..

sir muruga. hi sir. kabare sir? hahhhah, bole jawab tak sir. dalam banyak-banyak lecturer, kira dia ni la yang paling happygolucky.. ajar e-commerce. bebudak marketing tahu la corse ni. sir ni paling comel taw.. lagi-lagi time dia berleter. bunyi macam orang melayu je.. bab mass, makdatok.. mengantuk tak boleh blahh.. #truefact tentang e-commerce, sereyess boleh lena 3mlam 2hari. 

eh, grouping e-com ni la group atoo dapat pujian. terbaek dari ladang punya teamwork. *wink* memang tersemat indah memory pujian sir dalam otak atoo ni. defend yang bagus. financial cantek. slide yang kemas. smooth je time present tu. kira dah nak sipi-sipi almost perfect. ehehhehe.. (tengah senyum sorwink ni) *3twink #bajetbetol #kenanganterindah

cikgu product management. pn aisyah. kecik comel orangnya. tapi lagi berdouble comeyl time dia membebel.. first class dia. aduyh, selow-melow sore dia. naik lemau betol dengar. dengan muke sereyes, memang seriau jugak lah time tu. tapi lame-lame, omputih kate kemis tu dah tumbuh. kira kelas prodduct ni, diantare kelas yang teruje nak masok jugaklah. #kamuni!   

tetibe haa, begedel i show you. projek grouping untulproduct pulak. ni kira the best moment atoo nak show off sikit. eh, nak share kegembiraan bersame jer. untuk unikopianz, sory curik project kome. sharing is caring. wantan bergedil paperwork dah ade and tinggal visualize kan. memang satu kelas merase. sedopp. 

of course dapat pujian. soklan bole jawab. defend yang kuat. slide info semua ade. product bole sampai international ni. tepukan gemeruh. kegembiraan. kebanggaan. senyum sampai ke telinge satu hari tu. hahhhahah.. oh, dunia lihatlah.. thankz to my teamwork. ade jodoh, kite berteam lagi wokk. 


yang ni pulak before final bermula, housemate ummu ajak keluar. last dinner bertogether. so, atoo yang menumpang teduh kat rumah ummu ni jadi tukang penyibuk binti penyemak tegar kat last dinner dorang. tapi terime kasih bebanyak sudi bagi menumpang ye kengkawan baru. coming soon jadi salah sorang dari mereka-mereka ni.. #tamanharmoni  

#idafarahin #ummusakinah dengan projek mambaham #kepsi #segamat #newfriends

episod akhir ssebenarnye saya isteri dia.

for sure kami setia didepan telebision. disebabkan nak pergi #ttdi tu jaoh bebenor, tengah musim final exam pulak tuhh.. atoo ajak la dorang ber'mood' #ssid untuk malam episod akhir #ssid. malam tu kami deal nak pakai purple sempena suit kawin si hemsem #firarsh dan si cantik #syafa. kira nak berfeeling berada #rastattdi tengok bersame pelakon. #projekfinalexam

rasenya bile kita dah jumpe geng sekepala yang bole masok macam-macam topik, baru rase. saya dah jumpe jalan saya. hopefully kita kawan selamanya. sebab nak kate kawan yang bebetol kawan atoo, tak banyak. jujur, bole kira dengan jari. and atoo memang membosankan untuk dijadikan list kawan korang. #truestory nak buwek camnor. #propa #budakkurangkasihsayang #jiwakacaw

haa, sampai sini perkongsian ramadhan yang cukup berbeza dan pangjang melebor. pendek kate, panjang tak terkata ape-ape dah ni. 

untuk first dan last, salam ramadhan dan selamat hari raya kepada pembaca belog cheritera cik beast. atoo minta maaf sekiranya ade silap yang atoo diluar sedar. tegur je. hidup ni kenasnetiase ingat mengingatkan. semoga kdua-dua bulan ni kita dapat mencari sesuatu dan mendapat sesuatu daripadanya. sama-samalah kita menjadi orang yang berguna kepada seseorang terutama diri kita sendiri. 


salam ramdhan18,
cikbeast 
xoxo =D
  

p/s: kalau berukband jinak, insyaallah, akan ade the next story meyh. jom sahur!

July 20, 2013

"Abang, Tuhan marah dengan saya…."


PENGAKUAN EKSKLUSIF PEMUDA TUKAR JANTINA

Setiap kali menjelang senja, seperti mana ‘kupu-kupu malam’ lain, Rita akan mula menyiapkan dirinya seanggun mungkin. Rambut yang berserabai akan mula diluruskan. Dengan menggunakan jarinya yang lentik, Rita memulakan ‘rutinnya’ dengan memantis atau melukis kening.

Sesuai dengan bentuk mukanya yang panjang, dia akan memantis keningnya selurus mungkin menghala ke bahagian atas telinga. Ini diikuti dengan meletakkan celak di bahagian mata, memakai bedak asas, memerahkan pipi dan diakhiri dengan memakai gincu serta ‘lipglos’.

‘Fasa’ terakhir adalah dengan mengenakan pakaian seseksi mungkin, itulah ‘senjata’ terakhirnya kerana dia tahu, hanya dengan berpakaian sebegitu, dia mampu memikat nafsu buas lelaki yang berada di luar sana. Namun malam itu entah kenapa, Rita memulakan ‘kerjanya’ lebih awal daripada biasa…kedai runcit yang terletak berhampiran pun belum tutup. 

gambar hiasan- credit google 

Ketika Rita melalui kedai runcit tersebut, tiba-tiba dia terpandang tajuk besar sebuah akhbar tabloid…ALEESHA@ASHRAF MENINGGAL DUNIA. 

"Saya betul-betul terkejut, rasa terlalu sedih dengan kematian Aleesha kerana apa yang arwah lalui ‘begitu dekat’ dengan saya. Untuk pengetahuan abang, saya juga dah buang kemaluan saya,” katanya sambil menundukkan wajahnya. 

Menurut Rita, terlalu sukar untuk insan sepertinya hendak menerangkan apa yang mereka rasa kepada masyarakat. Katanya, biar apa pun hujah atau perkataan yang mereka luahkan, pastinya akan mengundang kejian dan cacian. Sebab itu, menurut Rita, mereka lebih senang memendam rasa dan melalui semua kesukaran ini secara bersendirian. 

Senang cerita, katanya, mereka sudah tidak percaya siapa-siapa lagi dalam dunia ini apatah lagi mengharapkan sokongan daripada mana-mana pihak, baik NGO mahupun kerajaan. 

"Malangnya ramai di antara kami yang tak mampu melalui kesedihan dan ‘kecelaruan’ ini, yang tak dapat kawal diri mula ambil dadah, malah ada yang bunuh diri, entahlah, hidup kami terlalu pedih dan perit untuk dikongsi, orang tak akan faham,” katanya sambil menyedut air limau ais yang dipesannya.

Penulis hanya membiarkan dia melayan perasaannya. Terus-terang, penulis pun tidak tahu bagaimana nak memulakan semua ini. Pertemuan Rita bermula apabila penulis diarahkan untuk mencari mana-mana lelaki yang pernah melakukan pembedahan penukaran jantina. Sesungguhnya ini satu tugasan yang mencabar dan memeningkan sebenarnya.

Namun Alhamdulillah, ia bagaikan dipermudahkan dan dengan bantuan pelbagai sumber, penulis berjaya menemui Rita yang ketika itu baru hendak memulakan ‘tugasnya’. Rita dilahirkan kira-kira 30 tahun lalu di sebuah kawasan perumahan di pinggir ibu kota. Sejak kecil lagi dia tidak pernah merasakan dirinya seorang lelaki walaupun secara fizikal dia adalah seorang lelaki yang sempurna, cukup sifat.

Seperti mana arwah Aleesha, Rita juga adalah insan yang mahu jadi 100 peratus wanita. Dia ingin menjadi wanita yang bukan dari sudut pakaian saja, tetapi juga dari segi lahiriah dan batiniah. Perkenalannya dengan seorang jejaka Cina bagaikan merealisasikan impian Rita selama ini. Lelaki itu sangat menyayanginya dan sanggup menghabiskan wang berjumlah ribuan ringgit asalkan berjaya memenuhi kehendak Rita. 

Dan kesempatan itu digunakan Rita untuk menjadikan impiannya selama ini menjadi nyata. "Dengan ditemani seorang ‘kakak’ angkat, saya pergi ke sebuah hospital di Haadyai, Thailand. Pada mulanya saya hanya buat pembedahan kecil untuk memancungkan hidung, tetapi melarat pula ke pembedahan membesarkan buah dada,” katanya sambil tersenyum. 

Selepas pembedahan itu, Rita semakin yakin dengan dirinya. Namun ada satu lagi perkara yang membelenggu hidupnya…juntaian daging sepanjang lima inci yang masih melekat ditubuhnya! Menurut Rita, setiap kali membuka pakaian, dia rasa geli dengan kemaluannya sendiri. Dia kalau boleh enggan melihat apatah lagi menyentuhnya.

Rita rasa sengsara. Rita rasa mahu gila. Rita tahu dia tidak boleh lagi hidup sebagai lelaki. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Sekali lagi dengan bantuan kekasihnya itu, Rita ke Haadyai. Kali ini dia nekad untuk menjalani pembedahan jantina seperti yang diidam-idamkan.

Pembedahan itu mengambil masa hampir lapan jam, namun yang peliknya, kata Rita, dia langsung tidak berasa sakit kecuali sedikit pedih ketika hendak membuang air kecil. Dia juga ditunjukkan zakarnya yang telah dipotong oleh doktor yang menjalankan pembedahan itu. 

Hampir sebulan saya di hospital, kemudian saya minta izin doktor untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang proses penyembuhan itu, saya diberikan ‘acuan’ untuk saya masukkan ke dalam kemaluan bagi membolehkan ‘lubang kemaluan’ terbentuk seperti mana alat kelamin wanita, saya rasa bahagia sangat ketika itu” katanya. 

Namun keseronokkan dan kegembiraannya tidak bertahan lama. Berbagai ujian dan dugaan datang bertimpa-timpa tidak lama selepas dia menjalani pembedahan. Antaranya, kekasih yang dia sayangi itu tiba-tiba berubah hati dan terus meninggalkannya, dia juga hilang mata pencarian hingga membuatkan banyak barangan kemasnya tergadai, malah keretanya juga ditarik pihak bank. 

Dia juga menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan identitinya itu. Akhirnya, disebabkan kehilangan arah, dia terjerumus ke lembah hina….lembah pelacuran.

"Abang, Tuhan marah dengan saya….semuanya hilang dengan sekelip mata, kalau ikutkan hati saya dah tak mahu tinggal di lorong ini, saya dah tak mahu melacur, tapi saya nak makan apa, semua majikan tak nak ambil saya bekerja,”katanya dalam nada perlahan.

Menurut Rita, walaupun dia tahu perbuatannya melanggar hukum agama, namun dia tidak akan sekali-kali keluar daripada agama Allah ini. Bahkan, dia juga akan cuba untuk bersolat seperti mana umat yang lain walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada solatnya itu diterima atau sebaliknya. 

Kata Rita, dia pernah dipenjarakan di penjara wanita kerana melacur dan diberikan telekung untuk bersembahyang. Namun, kata Rita, dia sedar walaupun telah melakukan pembedahan, dia tetap seorang lelaki di mata Tuhan. 

"Walaupun diberikan telekung dalam penjara, saya ambil keputusan untuk bersolat seperti seorang lelaki. Dan saya sedar, andai saya mati, saya tetap akan dikebumikan sebagai seorang lelaki,” katanya yang tiba-tiba sebak. 

Menurut Rita, apa yang terjadi pada arwah Aleesha, tak mustahil akan berlaku pada dirinya dan rakan-rakan yang pernah menjalani pembedahan pertukaran jantina ini. Katanya, oleh itu, mereka tidak akan menuntut apa-apa daripada masyarakat, apatah lagi mengharapkan belas ihsan atau simpati kerana mereka sedar mereka tidak layak dilayan sedemikian. Cuma kata Rita, kalau boleh, janganlah terus menghina dan mencaci golongan seperti mereka kerana apa yang mereka lalui sebelum ini sudah cukup ‘menyeksakan’.

"Arwah Aleesha meninggal dunia kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku, adakah masyarakat gembira dengan apa yang terjadi…adakah kalau boleh masyarakat tak mahu kami terus ada di muka bumi ini?"

"Tolonglah…biarlah kami dengan dunia kami, izinkan kami menumpang walau sebentar, lambat laun kami akan pergi juga,” katanya sambil mengelap titisan-titisan halus di kelopak matanya. 

Tdak lama kemudian telefon bimbit Blackberry Bold milik Rita berbunyi. Ada SMS yang masuk. Sejurus selepas membacanya, Rita meminta izin untuk beredar. 

Nampak ada seorang lelaki tua yang tak cukup gigi sedang tersengih memandang Rita dari dalam kereta BMW hitamnya. Rita kemudian pergi ke arah kereta tersebut sebelum membuka pintu dan duduk di sebelah lelaki tua berkenaan. Kedua-dua mereka kemudian hilang di balik kepekatan malam. 

Penulis terdiam. Semua diam. Dunia juga seakan turut terdiam. – Oleh SYAHRIL A. KADIR 


kata hati: pada atoo, sebagai hamba Allah, kita tidak layak mghukum sesiapa lebih2 lagi tanpa mengetahui masalhnya.. salah pilih kawan, dan hati yang tak kuat mungkin buat kita rapuh.. untuk Rita, buatla solat taubat. mohon keampunan dri Allah.. Islam ni mudah sebenarnya, tidak membebankn. Smoga Allah mengampuni dosa2 mu saudari.. berubahla, kembali ke pangkal jalan. pintu taubat sentiasa terbuka..



RAKYAT JELATA